Dalam dunia serba moden ini, kesedaran terhadap alam sekitar bukan lagi pilihan – ia satu keperluan! Tapi siapa kata menjaga alam itu membosankan? Di seluruh Malaysia, semakin ramai anak muda dan komuniti tempatan tampil dengan idea-idea yang kreatif, menyeronokkan dan penuh makna untuk memulihkan bumi tercinta kita. Jom ketahui 6 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergerak sebagai kumpulan komuniti untuk menjaga alam sekitar!
Projek Waste
Projek Waste adalah satu gerakan sukarelawan yang komited melakukan aktiviti seperti mengutip sampah di kawasan pantai, laut, hutan dan didalam laut! Bukan sahaja membersih, malah mereka mendidik orang ramai tentang pentingnya tidak membuang sampah atau menjejaskan alam sekitar. Ia juga salah satu cara menarik untuk mendekatkan orang ramai dengan isu pencemaran.
Aktiviti utama:
- Pembersihan di sekitar pantai
- Mengutip sampah di dalam laut (underwater cleanup dive)
Gambar: @projekwaste
Green Day Out
Green Day Out menganjurkan acara seperti swap meet (tukar barang), bazar dan bengkel mesra alam yang terbuka kepada umum. Mereka mencipta ruang untuk orang ramai berkumpul sambil belajar tentang kelestarian dengan cara yang santai dan menyeronokkan. Pendekatan mereka sangat mesra dan sesuai untuk semua!
Aktiviti utama:
- Bengkel DIY produk zero-waste
- Education games untuk keluarga dan kanak-kanak
View this post on Instagram
Didik Alam
Didik Alam memperkenalkan pendidikan berteraskan alam semula jadi kepada orang ramai melalui pendekatan hands-on dan eksplorasi. Bertujuan untuk generasi muda memahami pentingnya biodiversiti dan kelestarian sejak usia awal dengan pengalaman sebenar.
Aktiviti utama:
- Nature walks dan kelas luar
- Pembelajaran biodiversiti, haiwan & tumbuhan
- Projek berkebun mini dan aktiviti pertanian bandar
View this post on Instagram
Kawan Guni
Kumpulan komuniti yang mengumpul barangan kitar semula, Kawan Guni sering mengadakan bengkel, program tukar barang dan kelas DIY untuk jadikan kitar semula gaya hidup. Dengan pendekatan mesra komuniti, Kawan Guni membuktikan bahawa perubahan boleh bermula dari rumah dan jiran-jiran kita sendiri!
Aktiviti utama:
- Projek dan bengkel kolaborasi bersama pusat komuniti
- Bazar preloved / jualan amal
View this post on Instagram
Klima Action Malaysia (KAMY)
Klima Action Malaysia (KAMY) adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan keadilan iklim di Malaysia. Fokus kepada suara golongan muda, advokasi dasar serta mewujudkan ruang pembelajaran yang mudah diakses oleh semua. KAMY juga banyak berkolaborasi dengan organisasi antarabangsa dan tempatan untuk membawa perubahan sebenar dalam polisi dan kesedaran masyarakat.
Aktiviti utama:
- Kempen advokasi iklim (Climate Strikes, petisyen)
- Webinar & bengkel pendidikan iklim
- Projek kolaboratif bersama komuniti
View this post on Instagram
Grow Subang
Kebun komuniti yang dipanggil Grow Subang memberi pendekatan orang ramai tentang menanam sayuran. Ia juga membina komuniti yang saling membantu, berkongsi hasil dan belajar bersama. Mereka juga mendidik tentang kaedah pertanian organik, compose dan amalan mesra alam di kawasan perumahan bandar.
Aktiviti utama:
- Penanaman sayur & herba secara komuniti
- Bengkel berkebun organik dan compose
View this post on Instagram
