Langgan

UNIQLO Bawa Magis Dunia Zootopia Dalam Himpunan Kapsul Terbaru!

UNIQLO x Zootopia 2 kini boleh didapati!
1 minit untuk membaca
Published: November 26, 2025

UNIQLO menitipkan fantasi untuk anak-anak kecil, malah untuk kita yang dewasa juga. Gandingan ini diumpamakan sebagai pembakar semangat untuk tidak menghambat mengukir cita-cita kencana dalam menerokai fantasi. Semua ini dicetuskan menerusi watak optimis Judy Hopps dan si licik Nick Wilde yang ‘muncul’ sebagai asemblaj karakter yang terhias pada rekaan-rekaan kapsul UNIQLO x Zootopia! 

zootopia

Seiring dengan siaran filem animasi sekuel ‘Zootopia 2’ pada bulan ini, rangkaian kemeja T grafikn UNIQLO yakni UNIQLO UT menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat peminat-peminat animasi tersebut. 12 rekaan diperkenalkan oleh UNIQLO yang bakal tersedia di setiap butik pada 28 November. Sebarisan kemeja T berserta baju-baju panas dalam himpunan kapsul ini diinspirasikan daripada dunia Walt Disney Animation Studio, ‘Zootopia 2’, yang menjadi sebahagian daripada projek ‘Magic For All’ – sebuah kolaborasi bersama Disney, bermatlamat untuk mencungkil impian dan kekaguman menerusi aspek pakaian. 

zootopia

Babak-babak memorable dalam filem ‘Zootopia’ dikutip sebagai citra rekaan utama. Contohnya, corak watak Judy Hopps dan Nick Wilde sebagai rookie cop buddies dengan motif dialog “Ready to do some justice”, sebagai simbol tema filem animasi ini. Di samping itu, ia juga menampilkan grafik Judy dan Nick bergaya dalam kostum terbaru mereka (seperti yang terlihat dalam filem ‘Zootopia 2’) serta imej yang memperkenalkan watak baharu yakni Gary De’Snake. 

zootopia
zootopia

Seperti yang sudah dijelaskan dan apa yang ternyata awal tadi, himpunan kapsul ini adalah untuk semua… tanpa kira usia dan generasi!

Oh, hal kedua yang pasti membangkitkan keterujaan. Buat anda yang berpeluang menonton ‘Zootopia 2’ di pawagam nanti, inilah masanya untuk anda mengamati filem tersebut. Anda akan perasan dalam ‘Zootopia 2’, akan terpamer butik UNIQLO namun diubah menjadi ‘ZUNIQLO’. ‘ZUNIQLO’ adalah easter egg dalam babak tertentu dan see if you can spot it!

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down