Secara jujurnya, saya selalu memberi perhatian kepada apa yang orang nampak, seperti blazer kemas, dress yang jatuh sempurna, atau aksesori yang melengkapkan penampilan. Tetapi selepas beberapa tahun melalui rutin yang padat, saya sedar satu perkara—keselesaan sebenar bukan bermula pada lapisan luar, tetapi daripada apa yang saya pakai paling dekat dengan kulit.
Dan sebagai seseorang yang banyak layering dalam gaya harian, antara perkara yang paling mengganggu sebenarnya bukan outfit itu sendiri—tetapi rasa panas, peluh, fabrik yang melekat pada kulit, dan inner layer yang terasa berat selepas beberapa jam dipakai.
Di situlah saya mula mencuba UNIQLO AIRism, dan sejujurnya, ia mengubah cara saya melihat innerwear.
Lightweight, Tetapi Impactful
Perkara pertama yang saya perasan tentang AIRism ialah betapa lightweight rasanya. Fabriknya begitu ringan sehingga ada masanya saya hampir terlupa saya sedang memakainya. Tetapi dalam masa yang sama, ia tetap memberi rasa sokongan dan keselesaan yang cukup untuk dipakai sepanjang hari.
Teksturnya juga sangat smooth pada kulit—tiada rasa kasar, tiada geseran yang membuatkan kulit rasa kurang selesa, terutama ketika cuaca panas.
Lebih penting, ia terasa sangat breathable. Walaupun bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, menghadapi cuaca Malaysia, atau berjalan agak jauh ke lokasi event, saya masih rasa cool and fresh tanpa rasa berat atau tidak selesa.
Apabila “Non-Sticky” Menjadi Game Changer
Salah satu perkara yang paling saya hargai tentang AIRism ialah keupayaannya untuk membantu kulit kekal kering. Dalam cuaca seperti Malaysia, rasa melekit akibat peluh boleh mengubah mood dan keyakinan sepanjang hari.
Tetapi dengan AIRism, pengalaman itu berbeza.
Ia membantu menyerap kelembapan dengan baik, jadi walaupun selepas commute pagi atau berlari ke appointment seterusnya, saya masih rasa segar. Tiada rasa sticky, tiada rasa fabrik melekat pada badan, dan tiada keperluan untuk sentiasa membetulkan outfit.
Sebagai seseorang yang sentiasa on-the-go, elemen comfort all day ini benar-benar memberi perbezaan.
Layering Essential Dalam Rutin Harian
Saya banyak bermain dengan layering—daripada kemeja oversized, knitwear ringan, satin slip dress, sehinggalah tailoring yang lebih structured. Dan salah satu cabaran utama dengan layering ialah apabila lapisan dalam membuatkan outfit terasa tebal atau terlalu panas.
Dengan AIRism, isu itu hampir hilang.
Potongannya kemas, mudah mengikut bentuk tubuh, dan cukup seamless untuk dipakai di bawah hampir apa sahaja. Ia benar-benar menjadi layering essential yang mudah dimasukkan ke dalam wardrobe harian tanpa perlu berfikir panjang.




