Langgan

ROSALÍA Jadi Wajah Kempen Baharu New Balance 204L

ROSALÍA Memimpin Evolusi Baharu New Balance 204L.
2 minit untuk membaca
Published: March 12, 2026

Apabila muzik, fesyen dan budaya bertembung, hasilnya sering kali menjadi sesuatu yang ikonik. Kali ini, bintang global ROSALÍA kembali bekerjasama dengan New Balance untuk memperkenalkan interpretasi terbaharu sneaker 204L, sebuah rekaan yang menggabungkan warisan klasik dengan sentuhan moden yang lebih lembut dan feminin.

Sebagai duta global New Balance sejak 2025, ROSALÍA bukan sekadar wajah kempen, malah memainkan peranan dalam membentuk identiti visual model ini. Dalam kempen yang dirakam oleh jurugambar terkenal Renell Medrano, penyanyi yang terkenal dengan gaya eksperimentalnya itu digambarkan sebagai simbol kreativiti generasi baharu menghubungkan dunia muzik, fesyen dan seni visual dalam satu naratif yang segar.

Model 204L tampil dengan pembaharuan yang halus tetapi signifikan. Perincian scalloped pada bahagian tepi dan ribbon laces memberikan sentuhan romantik yang jarang dilihat pada sneaker klasik. Rekaan ini dipersembahkan dalam warna Sea Salt dan Linen, menonjolkan estetika minimal yang elegan tetapi tetap versatil untuk gaya harian.

Pengalaman Pop-Up Eksklusif Di Kuala Lumpur

204L Pop-Up Experience di Mid Valley Megamall

Bagi meraikan pelancaran ini, New Balance Malaysia membawa pengalaman khas kepada peminat sneaker tempatan melalui 204L Pop-Up Experience yang berlangsung di Mid Valley Megamall dari 5 hingga 15 Mac 2026.

Ruang pop-up ini direka untuk membawa pengunjung menyelami dunia 204L dengan lebih dekat. Antara tarikan utama ialah Pocket Park Photobooth, sebuah ruang foto berinspirasikan taman mini yang menampilkan elemen alam lembut sesuai untuk merakam gaya sneaker baharu ini. Pengunjung boleh membawa pulang foto bercetak atau versi digital, selain memperibadikan keychain akrilik sebagai kenangan.

Lebih menarik, setiap pembelian 204L turut disertakan dengan Dumpling Bag edisi terhad yang boleh dihiasi dengan pelbagai patch eksklusif di lokasi pop-up tersebut.

Dengan harga RM499, koleksi 204L kini boleh didapati di butik New Balance terpilih di seluruh negara, di laman rasmi jenama serta di pop-up khas di Mid Valley Megamall.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down