Langgan

RIMOWA Original Bag, Beg Sling Aluminum Pertama Dalam Rona Hitam & Silver

Apabila functionality bertemu sophistication.
1 minit untuk membaca
Published: October 16, 2024

Dihasilkan di Jerman, tidak perlu dipersonalkan lagi tentang kredibiliti RIMOWA untuk menjadi jenama bagasi terbaik di dunia. Material exterior aluminiumnya bukan sahaja tahan lasak malah unik dan cukup stylish apabila anda menjinjingnya.

Good news! Peminat kepada bagasi ikonik aluminium ikonik ini kini boleh didapati dalam versi saiz lebih kecil yang direka untuk membawa item essential harian anda.

RIMOWA Original Bag

Walaupun diperbuatkan daripada material aluminium, namun ia ringan dan boleh digayakan dalam pelbagai cara; hand carry, shoulder bag ataupun sling. Strap tali yang boleh di pasang dan tanggal menekankan praktikalitinya untuk kemudahan penggunaan harian anda.

Tersedia dalam rona hitam dan silver, RIMOWA Original Bag mencerminkan stail sofistikated yang subtle buatkan ia versatil untuk digayakan untuk pelbagai jenis acara. Reka bentuk beg ikonik dengan pemegang material kulit diperkukuhkan menggunakan aluminium di bahagian luaran menjanjikan durabiliti lebih teguh dan tahan lebih lama. Antara elemen lain yang menjadikan beg ini istimewa dan inovatif ialah perincian mechanism butang yang tersedia seperti bagasinya, memastikan kelancaran apabila pengguna membuka dan menutup beg dengan mudah.

Harga beg dan di mana anda boleh membelinya

Bermula 12 September 2024, anda boleh membeli RIMOWA Original Bag dalam rona hitam dan silver untuk harga RM10,100 di kedai RIMOWA atau secara online di RIMOWA.com.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down