Langgan

Billie Eilish Dalam MV Baru, Kaca Mata Oakley Ke Kemeja T Jasper Sport Yang Hanya Berharga RM 200

Kemeja T longgar besar, berseluar kargo pendek, bercermin mata dan bertopi flatcap... menjadi aturan gaya Billie Eilish dalam video muzik terbarunya!
2 minit untuk membaca
Published: September 30, 2024

Video muzik baharu Billie Eilish yakni lagu ‘Birds Of A Feather’ daripada album ‘Hit Me Hard And Soft’ yang released dua hari lalu akhirnya menghapuskan keluhan peminat-peminatnya. Lagu dah tular di TikTok dan di Instagram, mustahil tidak ada video muzik, kan? Ada yang gemar, tak kurang juga yang menolak kerana tak suka video muziknya. Mereka umpama bertepuk dahi, sebabnya tidak mencapai kehendak yang dijangka. 

billie eilish

Ada apa dengan visual video muzik terbaru Billie yang diarahkan oleh Aidan Zamiri ini yang membangkitkan kesubjektifan? Okey, video muziknya tidaklah terlampau ekstrem dengan efek luar biasa dan sebagainya. Ringkas pada pandangan kita, hanya terlihat Billie beraksi solo, dalam ruang seakan-akan mereplikakan pejabat dan bilik kosong. Billie nampak bersahaja, menanyikan bait-bait lirk lagu sambil menguntumkan senyumannya. Bila visualnya bertukar babak, dia terlihat terapung di udara, tubuhnya memecahkan dinding-dinding ruang tersebut, kemudian diheret di atas lantai dan menerobos dinding-dinding lain, seraya melagukan nada romantik ‘Birds Of A Feather’. 

Benar, nampak sedikit disturbing. Kerana ekspresi wajah tak kena dengan mood video muzik. Pendapat anda bagaimana? Suka atau tidak?

billie eilish

Menyentuh tentang gaya Billie dalam video muzik ini, dia seperti tak ‘terkelencong’ daripada imej asalnya. Spencer Singer ditugaskan sebagai penata gaya video muzik ini dan dia mengenakan Billie dalam kemeja T longgar besar, dengan seluar pendek bermuda serta sniker sukan. Ditambah lagi dengan rupa bercermin mata dan aksesori topi flatcap. Tertanya-tanya juga, jenama apa yang Billie pakai dalam video muzik ini? Terutama sekali kemeja T longgar besar dengan grafik animasi yang dia pakai. Dan percaya atau tidak, kemeja T itu hanyalah berharga lebih kurang RM 200 sahaja?! 

Kemeja T longer besar, bercermin mata, berseluar kargo pendek dennen topi flatcap menjadi aturan gaya Billie Eilish dalam video muzik terbarunya!

Ya, kemeja T Billie Eilish itu adalah daripada jenama Jasper Sport – kemeja T ‘Jasper Athletic Tee’ – dan dalam masa dua hari selepas video muzik ini released, ramai orang (terutama sekali peminat-peminat Billie) ‘menyerang’ Intagram Jasper Sport, mendesak mereka untuk menaikkan harga kemeja T tersebut. Malah, apa yang membuatkan lagi penampilan Billie ini unik, hampir 60 peratus daripada penggayaannya adalah daripada item-item vintaj. Seperti topi flatcap, baju lengan panjang yang dipakai di dalam kemeja T longgar besar Jasper Sport serta seluar kargo bermuda Abercrombie & Fitch… kesemuanya vintaj. Sniker suka yang Billie pakai pun vintaj, yakni daripada jenama Nike 2005 Dunk Low CL Premium. Kaca mata yang Billie sarung pula? Ia adalah daripada jenama Oakley. 

Serba ringkas, ‘easy-access’ dan straightforward. Imej Billie dalam video muzik ini amat mudah dirujuk dan tidak hairan seandainya, ada yang bisa meniru atau memimik gaya tersebut sehingga jadi ikutan. 

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down