The Angels are back! Selepas setahun berlalu Victoria’s Secret Fashion Show 2025 kembali dengan penuh bergaya, lebih segar dan berinspirasi baru. Pertunjukan yang berlangsung di New York ini menampilkan gabungan fesyen, muzik dan kepelbagaian yang meraikan kecantikan dalam pelbagai bentuk dan latar belakang.
Persembahan Memukau
Setiap tahun, selain daripada angels yang bakal strut the runway, detik yang paling dinantikan juga adalah persembahan. Salah satu persembahan yang menjadi tumpuan pada malam itu adalah kumpulan K-pop sensasi TWICE dengan lagu hits mereka This is For dan Strategy. Energi dan keanggunan mereka memberikan sentuhan segar kepada suasana glamor untuk pertunjukan PINK malam itu.

Sementara itu, penyanyi pop muda Madison Beer turut memukau penonton dengan vokal hebat menerusi lagu Make You Mine, Bittersweet” dan Yes Baby. Gaya persembahan Madison tampak lebih memukau apabila dia menyarungkan salah satu pakaian daripada Victoria Secret dan kelihatan seperti salah satu angels di pentas itu!

Tidak ketinggalan, penutup yang memukau dibawakan oleh legenda ikonik, Mariah Carey, menerusi lagu Fantasy. Persembahan ini turut mempertemukan semua Angels di atas pentas sebagai kemuncak kepada pertunjukan fesyen yang penuh gemilang pada malam itu.
Barisan Angels yang Ikonik
Pertunjukan kali ini juga menampilkan gabungan supermodel legenda dan wajah baru yang berpengaruh dalam industri fesyen dunia. Antara nama besar yang kembali ke pentas ialah:
- Candice Swanepoel – tampil anggun dalam dua sayap kristal dengan busana satin berona putih mutiara.

- Adriana Lima – ikon Victoria’s Secret yang masih memancarkan aura klasik dengan gaya penuh keyakinan.

- Barbara Palvin – membawa pesona feminin moden dengan rekaan renda dan kilauan perak.

Menambah warna pada pentas ialah barisan model yang mewakili kepelbagaian bentuk badan dan latar budaya:
- Ashley Graham, Precious Lee, Barbie Ferreira dan Alex Consani menampilkan keanggunan tubuh inklusif yang meraikan kecantikan sebenar wanita.




- Gigi dan Bella Hadid serta Imaan Hammam memancarkan keanggunan global dan antara model berpengaruh yang membawa naratif wanita moden



- Angel Reese - bintang bola keranjang yang kini model, memukau dengan keyakinan dan karisma luar biasa

- Jasmine Tookes - dengan langkah berani sebagai salah satu angel yang hamil dan tetap mempesona di atas pentas menjadikan pertunjukan ini sebagai simbol kekuatan dan keanggunan wanita.


