
Karyawan filem, Mona Fastvold menjaring kita dalam pahatan seribu satu makna cereka pendeknya, ‘Discipline’ – sebuah projek siri Miu Miu Women’s Tales. Buat julung kalinya, ‘Discipline’ dipersembahkan secara rasmi di Village East by Angelika di New York kala berlangsungnya Minggu Fesyen New York.
Kebeningan ngeri melantas suasana. Kebisuan karakter-karakter dalam keadaan hana, menyandiwarakan dalang boneka dan mereka semua menghuni di sebuah sekolah asrama di Itali Utara. Sewaktu mentari di atas ufuk falak, si dalang membangkitkan boneka yang merupa saiz badani manusia. Mereka bercantuman, bertindihan melakukan rutin harian. Pergerakan mereka mereplikakan manusia sebenar, sedikit lapang longlai. Serasa hidup dalam realiti yang menjanda. Dunia mereka seolah-olah anti-utopia yang asing.
Rutin harian ini mencerminkan pemaknaan disiplin. Ia kemudiannya menyorot kepada keberpecahan perca-perca babak yang bertukar-tukar, lantas menggugah seribu agakan audiens. Sehingga berhujung kepada gerombolan penari berceratukan dan jelmanya watak Amanda Seyfried melalui transformasi. Transformasi yang melambangkan pembebasan, lalu lahirnya seperti seorang insan betul.
Cereka pendek ‘Discipline’ ini adalah jabaran ilham karyawan filem, Mona Fastvold. ‘Discipline’ merupakan usahasama Mona dengan projek Miu Miu Women’s Tales – sebuah pelanjutan siri-siri cereka pendek yang mendukung kreativiti karyawan-karyawan filem wanita sejak dari tahun 2011 lagi, yang mendalami kewanitaan abad ke-21 secara tuntas. Skor muzik cereka ‘Discipline’ digarap oleh Daniel Blumberg, manakala koreografi disusun oleh Celia Rowlson Hall.

Apa yang ‘dibingkaikan’ dalam ‘Discipline’ adalah satu rangsangan visual yang merangkaikan audiens dengan pemerihalan Mona tentang salah satu pakaian dalam himpunan Miu Miu. “Saya memiliki sehelai dress yang sangat cantik untuk dipakai ke sidang akhbar dan saya menyarungnya di persekitaran yang mampu mencetuskan debaran. Dan dress ini diumpamakan seperti perisai yang melindungi diri,” jelas Mona.
‘Discipline’ merawat inti makna zaman kanak-kanak perempuan sebagai selengkap pakaian persembahan yang diwarisi, yakni kostum yang dipakai sebelum terbentuknya identiti. Cereka ini menampilkan himpunan Miu Miu Musim Bunga/Panas 2026, merakam wujudnya kesegerakan antara konsep kewanitaan dengan pemeliharaan dan kekangan. Eksplorasi Mona adalah keintiman antara gadis dengan sesuatu busana menjadi persembahan teater itu dibagaimanakan. Korelasi pakaian dengan ritual atau kawalan dikaji yang menentukan gerakan dan bekecambah ke kesedaran diri sepenuh sedar.
Sepanjang acara tayangan perdana 'Discipline' arahan Mona Fastvold di Village East by Angelika di New York
















