
Kylie Jenner’s face card? Still undefeated. Namun, yang menarik bukan sekadar penampilan terbarunya dalam kempen koleksi Miu Miu tetapi bagaimana dia mencabar persepsi umum terhadap dirinya.
Dalam kempen Musim Luruh/Sejuk 2025 Miu Miu, ikon kecantikan dan usahawan mogul ini tampil dengan estetika yang lebih lembut dan introspektif, satu sisi Kylie yang mungkin jarang dilihat.

Kempen ini bukan sekadar tentang helaian musim ini, ia adalah naratif visual yang meraikan keaslian, keanggunan feminin dan transformasi identiti. Disertai oleh barisan wanita berpengaruh seperti penyanyi Towa Bird, pelakon dan penyanyi Lou Doillon, pelakon Rila Fukushima, bintang Industry Myha’la, artis Yura Romaniuk dan rapper Cortisa Star, Kylie Jenner muncul bukan hanya sebagai simbol budaya pop, tetapi sebagai wanita yang sentiasa berevolusi.
Gaya signature Miu Miu dalam koleksi ini meneroka kontras yang memukau seperti bra lingerie membentuk siluet tubuh, knit pointelle, skirt potongan bias dan gaun satin beralun lembut. Seksi tanpa keterlaluan. Feminin tetapi bertenaga. Dan Kylie menjelmakan semuanya dengan keanggunan yang mengasyikkan.
Kredit:
Pengarah Kreatif: Miuccia Prada
Fotografi: Lengua
Stylist: Lotta Volkova

