Langgan

Gaya Bintang Pop Ariana Grande Kembali Menyerlah

The long-awaited tour has finally arrived!
2 minit untuk membaca
Published: June 11, 2026
Ariana Grande

Ariana Grande kembali ke dunia muzik dengan album baharunya, ‘Petal’ yang bakal dilancarkan pada 31 Julai 2026 sekali gus menampilkan single ‘Hate That I Made You Love Me’.

Bintang pop itu bukan sahaja menghadiahkan peminat dengan rangkaian lagu baharu, malah turut membuat kemunculan semula di pentas selepas tujuh tahun semenjak jelajah Sweetener World Tour pada tahun 2019.

Sepanjang tahun-tahun yang lalu, Ariana memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya di pentas Hollywood sehingga menerima pencalonan Oscar dan Golden Globe menerusi wataknya sebagai Glinda dalam filem 'Wicked' dan 'Wicked: For Good'. Namun tahun ini, Ariana kembali sepenuhnya sebagai bintang pop dengan gaya yang menjadi identitinya. Fikirkan gaun mini, but platform dan ikatan ponytail tinggi yang sudah sinonim dengannya.

Eternal Sunshine Tour membuka tirai pertama di Oakland Arena, California dengan persembahan yang dibahagikan kepada lima babak. Setiap babak meraikan Ariana dalam versi masa lalu, masa kini dan juga masa hadapan. Peminat turut berpeluang menyaksikan persembahan sulung bagi single terbaharu daripada album 'Petal' secara langsung.

Untuk malam pembukaan, Ariana tampil dengan beberapa busana custom yang digayakan oleh Law Roach (penata gaya yang turut menggayakan Ariana di jelajah Sweetener). Busana kali ini direka khas oleh Wiederhoeft, McQueen, Vievienne Westwood, Ludovic de Saint Sernin serta dua busana daripada Givenchy oleh Sarah Burton. Teruskan membaca untuk melihat kesemua penampilan Ariana Grande sepanjang Eternal Sunshine Tour setakat ini.

6 Busana Eksklusif Ariana Grande di Eternal Sunshine Tour

Custom Wiederhoeft

Custom McQueen

Custom Vievenne Westwood

Custom Ludovic de Saint Sernin

Custom Givenchy oleh Sarah Burton

Custom Givenchy oleh Sarah Burton

Ariana turut berkongsi kapsyen di Instagram miliknya, "Oakland, malam pertama. Rasanya sukar untuk mencari kata kata yang tepat pada saat ini... jadi buat masa sekarang, hanya terima kasih. Dari lubuk hati yang paling dalam. Saya menyayangi anda semua lebih daripada yang mampu diungkapkan dengan kata-kata. Dan saya merindui anda. Terima kasih."

Ariana juga pernah berkongsi di Podcast 'Good Hang with Amy Poehler' bahawa jelajah ini mungkin tidak akan berlaku lagi dalam tempoh yang sangat lama. Ariana menggambarkannya sebagai "One last hurrah - for now".

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down