Langgan

Bag Of The Season: Fendi Way Bag, Untuk Urusan Harian

Fendi memperkenalkan 'hottest item of the season'.
2 minit untuk membaca
Published: February 28, 2026

Ketika ke Minggu Fesyen Milan pada bulan September tahun lalu dan menghadirkan diri ke pertunjukan Fendi musim bunga/panas 2026, dalam kandung himpunan Fendi tersebut, ia menyorot pandangan audiens untuk bertumpu ke beberapa looks – yang terlihat membibit beg tangan besar saiznya dan berbentuk trapezoid. Dan, di pertunjukan itu, buat julung kalinya Fendi memperkenalkan ia sebagai beg FENDI Way Bag!

fendi way bag

Awal bulan Februari yang lalu, Fendi Way Bag sudah mula beredar di pasaran. Pengenalan rangkaian aksesori ini lantas menghebahkan satu persoalan, “Mengapa ia dinamakan Fendi Way Bag?” Semuanya bertolak daripada gagasan bahawa aksesori hobo ini berpandu kuat pada ideogram yang mendekatkan kita kepada nilai kemewahan bersifat lembut yang effortless dalam garapan “cara Fendi” atau “Fendi way”. 

Langsung ia berkelantasan dijadikan sebagai nama rasmi… yakni Fendi Way Bag!

fendi way bag
fendi way bag

Keinginan untuk menikmati kemewahan yang tidak meredam kefungsian tidak bertepi. Keunikan beg terbaru Fendi ini adalah kemampuannya, dari aspek kapasiti atau ruang dalam begnya yang luas. Melampiaskan hasrat kepengunaan hari-hari. Kod rekaanya  berbentuk trapezoid minimalis menyerlahkan nada sofistikated dan mengawani dunia wanita moden yang memiliki gaya hidup pelbagai. 

Pemegang beg ini boleh dilaraskan – membenarkan cara penggayaan yang bervariasi, sama ada dipakai sangkut pada bahu atau cukup sekadarkan dijinjit. Cangkuk atau gancu pada bahagian sisi pemegang beg menerbitkan aura kepunyaan serasa peribadi dan membolehkan pemilik beg ini menghiasi ia dengan beg charms sebagai dekorasi tambahan. 

fendi way bag

Tidak ada sangkalan (dengan kapasiti luas serta penyesuaian beg untuk digayakan), Fendi Way Bag menyempurnakan urusan harian, daripada ke kelas pilates sehinggalah untuk ke kerja!

Memangkangkan lagi bicara tentang beg Fendi ini, ia muncul dalam dua saiz berbeza yakni saiz besar dan saiz medium. Gabungan material serta warnanya dimadukan bersama bahagian dalaman (lining) yang menggunakan material sued daripada rona-rona terang seperti rona perang, ungu lembut dan biru elektrik. Versi mono warna pula ‘terbalik’, dengan menggunakan material sued pada bahagian luar dan material kulit sebagai lapik dalam. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down