Langgan

Era Baharu FENDI Kini Bermula Di Milan Fashion Week 2026

FENDI Fall Winter 2026/27
2 minit untuk membaca
Published: March 17, 2026

Maria Grazia Chiuri membuat debut sebagai Pengarah Kreatif FENDI dengan mempersembahkan koleksi Fall Winter 2026/27 sempena Milan Fashion Week. 

fendi malaysia

Buat pertama kali, saya berpeluang untuk menghadiri Milan Fashion Week untuk koleksi musim luruh/dingin tahun ini. Dan apa yang membuatnya lebih istimewa, saya menerima jemputan untuk menyaksikan koleksi debut Maria Grazia Chiuri selaku Pengarah Kreatif baharu untuk FENDI. Pertunjukan rumah fesyen Itali ini juga merupakan yang pertama dalam kalender minggu fesyen saya kali ini. 

fendi

Era Baharu FENDI Kini Bermula

Selepas menduduki kerusi Pengarah Kreatif Dior selama sembilan tahun, Maria kembali ke titik mula kariernya bersama FENDI. Dan, koleksi pertamanya untuk maison ini tidak mengecewakan. Ianya cukup berkuasa, dengan mengangkat moto “Less I, more us”. Moto ini merangkumkan cara Maria bekerja yang boleh dikatakan selari dengan lima adik-beradik wanita Fendi. Tidak dilupakan warisan jenama yang diperkaya. Sejarah yang menjadi lambang kepada cara melakukan sesuatu oleh orang Itali dan wanita, yang perlu diingati dan untuk menghidupkan semula legasi maison. 

maria grazia chiuri

Koleksi FENDI musim luruh dingin 2026/27 ini meraikan kepelbagaian yang tidak menafikan individualiti dan keunikan seseorang. Hampir keseluruhan ton kali ini bermain dengan warna hitam sebagai asas. Seperti look pembukaan yang menampilkan padanan jaket dan gaun paten berlisu bersama dwi-beg tangan yang berbeza saiz dan material. Tumpuan juga diberikan kepada aksesori kulit, terutamanya beg tangan Baguette ikonik yang hadir dalam pelbagai bentuk dan warna. 

Koleksi ini juga menjadi peta kepada geografi peribadi, di mana pakaian mewakili pertemuan, detik, minat dan pertukaran idea. Ia menjadi saksi kepada kehidupan yang dilalui, satu bentuk nomadisme di dalam dan melalui fesyen. Membentuk visi ini daripada artis seni wanita seperti Mirella Bentivoglio dan SAGG Napoli dalam dialog antara generasi, hinggalah kepada idea almari pakaian itu sendiri yang ditafsir semula sebagai ruang hubungan dan budaya.

Bangku hadapan dibarisi oleh duta jenama termasuk ketua kumpulan Stray Kids, Bang Chan; anggota kumpulan I-dle, Song Yuqi; pelakon China, Tang Yan; ahli kumpulan LE SSERAFIM, Huh Yunjin; serta pelakon dan penyanyi Amerika, Arden Cho yang terkenal melalui ‘K-Pop Demon Hunters’. Turut hadir pelakon dan model Itali, Monica Bellucci serta pelakon Amerika Syarikat seperti Uma Thurman, Dakota Fanning dan Jessica Alba.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down