Langgan

Diari Editor: Catatan Penampilan Saya Sepanjang Minggu di Paris

Susunan himpunan gaya editor sepanjang seminggu di Paris, menampilkan inspirasi Parisian chic.
2 minit untuk membaca
Published: October 12, 2025

Minggu Fesyen Paris sentiasa menjadi pentas utama di mana kreativiti, glamor dan inovasi bertemu. Musim ini terasa luar biasa istimewa dengan kemunculan para Pengarah Kreatif baharu yang membawa perspektif segar kepada rumah-rumah fesyen tersohor Perancis. Di sebalik kesibukan pertunjukan dan parti selepas acara, proses mengemas beg dan memilih look menjadi satu cabaran strategi tersendiri.

Namun selepas berulang kali mencuba pelbagai gaya, saya berjaya menyusun himpunan penampilan yang terasa ringkas tetapi penuh ekspresi. Kuncinya ialah mengekalkan kesederhanaan dengan potongan klasik dalam rona hitam dan putih, agar gaya tidak tampak berlebihan, tetapi tetap elegan dan chic. Setiap helaian datang dengan inspirasi yang “Parisian”.

Look 1

Untuk pertunjukan pertama, saya ingin menzahirkan gaya feminin klasik. Saya memilih gaun midi A-line putih polka-dot yang memberi ilusi bentuk tubuh yang lebih seimbang. Bagi menambah dimensi gaya, saya padankan dengan kot trench berstruktur yang memberi aura Parisian yang effortless. Penampilan ini saya sempurnakan dengan but coklat, menambah sedikit elemen garang yang seimbang dengan kelembutan keseluruhan gaya.

Kot trench panjang double-breasted, Mango

Dress midi polka-dot, Style State

Look 2

Untuk pertunjukan seterusnya, saya memilih gaya yang lebih santai. Kardigan crochet putih dipadankan dengan skirt denim. Kombinasi putih dan denim memang tidak pernah mengecewakan. Perincian bunga pada crochet itu menambah tekstur dan keunikan yang halus menjadikan keseluruhan gaya tampak lembut tetapi menarik. Untuk memberi sedikit karakter, saya gayakan bersama but kulit paras lutut, memberikan keseimbangan antara kasual dan sofistikated.

Kardigan crochet lengan pendek, & Other Stories

Skirt denim midi, Mango

Look 3

Bagi look ketiga, saya ingin menampilkan aura romantik a la Chloé. Saya memilih blaus dengan perincian floral appliqué yang tampak manis dan feminin, dipadankan dengan skirt mini berlipat yang ringkas namun chic. Saya lengkapi gaya ini dengan kasut ballerina flats yang menambahkan sentuhan elegan tanpa berlebihan. Keseluruhannya sarat dengan semangat bohemian Parisian yang lembut.

Blaus dengan aplikasi bunga, & Other Stories

Skirt mini berlisu, Mango

Look 4

Kemudian dalam minggu yang sama, saya memilih gaya yang lebih berstruktur dan sofistikated. Saya menggayakan jaket houndstooth daripada fabrik bulu dengan potongan pendek dan butang emas. Sebuah rekaan klasik yang diberi nafas moden. Saya padankan dengan skirt bercorak sama untuk mencipta set yang senada.

Jaket pendek corak houndstooth, Maje

Beg bucket kulit Tangoso, Sandro

Look 5

Untuk hari rehat menjelajah kota Paris, saya memilih gaya santai. Saya sarungkan parka bersaiz besar yang memberi aura kasual tetapi tetap tersusun. Sesuai untuk berjalan di kawasan Monmarte atau berhenti menikmati croissant di kafe. Pilihan ini mudah, selesa dan tepat dengan keanggunan kasual yang menjadi identiti wanita Paris.

Parka oversized dengan kolar kontras, Mango

Beg bucket Romy, Tory Burch

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down