Langgan

Coach Hadir Dengan Concert Bag Edit Paling Bergaya Untuk Festival Season

Dari crossbody yang hands-free hingga mini bag yang praktikal, ini pilihan beg Coach yang akan menemani setiap lagu, setiap tarian dan setiap momen yang layak memenuhi galeri kamera anda.
2 minit untuk membaca
Published: June 26, 2026

Imagine this —matahari baru mula terbenam, telefon sudah bersedia untuk merakam detik golden hour, minuman di tangan dan lagu pertama mula dimainkan. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah beg yang terlalu besar, terlalu berat atau terlalu menyusahkan untuk dibawa ketika anda sedang menyanyi dan menari bersama ribuan peminat yang lain.

Musim konsert memerlukan beg yang bergerak mengikut rentak anda. Ringkas, bergaya dan sentiasa bersedia untuk setiap detik spontan.

Coach Tabby Shoulder Bag: Hands-Free Is The New Luxury

Anda perlukan kedua-dua tangan untuk merakam video, melambai lightstick atau sekadar menikmati muzik.

Sebab itu beg Coach Tabby menjadi pilihan yang sukar ditandingi. Dengan tali yang boleh diubah, ia boleh digayakan sebagai shoulder bag ketika mengambil gambar sebelum persembahan dan bertukar menjadi crossbody bag sebaik muzik mula dimainkan.

Praktikal, tetapi masih kelihatan effortlessly chic.

Coach Teri Bag: Mini Bag, Maximum Impact

Siapa kata beg kecil tidak boleh membuat statement?

Mini bag seperti Coach Teri membuktikan bahawa anda hanya memerlukan ruang untuk telefon, kad, lip gloss dan item essential kecil yang lain untuk menikmati malam yang sempurna. Saiznya yang kompak juga menjadikannya pilihan selamat untuk kebanyakan polisi venue tanpa mengorbankan gaya.

Konsert selalunya bermakna cuaca panas terik, hujan renyai, atau berjalan berjam-jam dari satu pentas ke pentas yang lain. Jadi beg anda perlu bersedia untuk semua itu.

Material seperti pebbled leather dan coated canvas bukan sahaja tahan lasak, malah tetap tampak cantik apabila dipadankan dengan denim lusuh, tank top putih atau dress flowy kegemaran anda.

Kerana semakin ringan beg anda, semakin bebas anda menikmati setiap lagu.

Tip ELLE: Pilih Beg Yang Mampu Menghadapi Apa Sahaja

Pilih beg yang boleh berubah daripada shoulder bag kepada crossbody bag dalam beberapa saat. Tiga perkara utama perlu diberi perhatian apabila memilih beg untuk digayakan ke konsert: gaya yang versatile, saiz yang compact dan rekaan yang tahan lasak. Sama ada anda lebih cenderung kepada mini bag yang ringan, gaya hands-free seperti convertible crossbody, atau pilihan lebih edgy, setiap satunya menawarkan fungsi berbeza bergantung pada cara anda menikmati konsert.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down