Dior memperkenalkan beg Cigale, rekaan baharu dengan struktur arca oleh Pengarah Kreatif Jonathan Anderson dalam mentafsir warisan arkib rumah fesyen itu dengan sentuhan kontemporarinya.
Dipersembahkan sebagai sebahagian daripada koleksi Musim Bunga/Panas 2026, beg ini mengambil inspirasi daripada La Cigale, gaun ikonik yang dicipta oleh Christian Dior untuk koleksi Musim Luruh/Dingin 1952. Reka bentuknya bersifat progresif pada zaman itu, menggabungkan ketelitian binaan adi busana dengan siluet yang terasa santai, kontemporari dan boleh dipakai.
View this post on Instagram
Terpikat dengan kemodenannya, bahagian badan yang sendat, skirt moiré yang kembang dan lisu yang ketara, Jonathan menggambarkan gaun asal itu sebagai “gaun kegemaran saya sepanjang sejarah fesyen.”
Menariknya, ini merupakan beg pertama Jonathan untuk rumah fesyen itu. Rekaannya mentransformasikan siluet arca dan klasik gaun itu menjadi aksesori yang boleh dipakai, sekali gus meneruskan dialog halus Jonathan antara alam dan seni bina, romantik dan ketelitian, struktur dan pergerakan, sejarah dan evolusi. Garisan rekaanya yang ringkas diperindahkan dengan reben, yakni kod Dior yang abadi, juga diperkemaskan dengan logam yang mencerminkan gabungan unik antara kelembutan dan struktur gaun asal dari era 1950-an.
Selain itu, beg yang diperbuat daripada kulit anak lembu lembut dan berkilau ini ditawarkan dalam dua saiz, kecil dan sederhana. Ia turut hadir dalam palet warna halus yang memberi penghormatan kepada rona ikonik rumah fesyen itu, termasuk rose soupir, icy blue, trench beige dan moiré grey.
View this post on Instagram
Direka dengan sifat kepraktisan dalam fikiran, Cigale juga mempunyai satu pemegang yang boleh dibawa di tangan, di bahu atau disilangkan di badan, menjadikannya teman harian yang ringan dan sempurna. Setia kepada komitmen Dior terhadap perincian yang halus, nama rumah fesyen itu disulam dengan halus pada bahagian lubang eyelet rantainya.
(Kredit gambar: Dior)
Diposisikan sebagai pelancaran beg paling penting untuk Musim Bunga/Panas 2026 dan sangat peribadi bagi Jonathan Anderson, Cigale mewakili karya adi busana yang menyatukan keanggunan dan kemodenan dengan sempurna
Beg Dior Cigale kini boleh didapati di butik dan secara dalam talian.
Artikel diterjemah daripada ELLE Australia

