Langgan

Interpretasi Baharu Lady Dior

Kini, di bawah sentuhan Jonathan Anderson, beg Lady Dior terus berevolusi mengekalkan aura ikoniknya.
2 minit untuk membaca
Published: February 1, 2026
Lady Dior
Beg Lady Dior Clover

Dalam lautan rekaan fesyen, Lady Dior muncul sebagai siluet yang terus dikenali. Bentuknya anggun dan berstruktur dengan top-handle yang kemas serta jahitan quilted cannage yang menjadi tanda tangan Rumah Dior. Dicipta pada tahun 1994 oleh Pengarah Artistik ketika itu, Gianfranco Ferré, beg ini pada asalnya dikenali sebagai ‘Chouchou’. Namun, takdirnya berubah apabila Princess Diana, seorang figura fesyen diraja yang kekal dalam ingatan dunia sering dilihat membawanya. Sebagai penghormatan, Rumah Dior menamakan semula rekaan ini sebagai Lady Dior lalu melahirkan sebuah legenda fesyen.

Lady Dior
Setiap semanggi melalui proses hot-stamp dan kemudian disulam secara manual

Sejak itu, ikon ini terus hidup dan berevolusi. Ia dibentuk semula dalam pelbagai warna, saiz dan material namun tetap setia pada bentuk asalnya. Setiap penafsiran menggabungkan warisan dengan sentuhan baharu, menjadikan Lady Dior simbol fesyen yang merentas masa.

Tahun ini, beg tersebut melangkah ke bab baharu di bawah sentuhan kreatif Pengarah Kreatif Dior, Jonathan Anderson. Untuk musim ini, Lady Dior dibayangkan semula sebagai simbol bertuah yang sarat dengan makna dan harapan. Rekaan yang dinamakan Lady Dior Clover menggabungkan kepercayaan Christian Dior terhadap tuah dan simbolisme dengan naratif peribadi Joanathan sendiri. 

Lady Dior
Daun semanggi buat Lady Dior

Cukup istimewa,  Lady Dior Clover dihiasi sulaman daun semanggi empat helai, lambang tuah yang halus tetapi bermakna. Ia memberi penghormatan kepada pemikiran magis Monsieur Dior, sambil menggemakan asal-usul Ireland Jonathan secara lembut. Beg ini turut dihiasi seekor kumbang merah kecil seolah-olah pembawa nasib baik yang tersembunyi.

Lady Dior
Perincian kumbang merah menyuntik sentuhan segar pada beg Lady Dior baharu

Lady Dior Buttercup pula tampil ceria dengan bunga buttercup tiga dimensi yang mekar di seluruh permukaannya. Dalam rona kuning terang, rekaan ini menyinar dengan kegembiraan dan cahaya. Seekor lebah kelihatan hinggap, mengutip debunga daripada bunga-bunga bercahaya sementara loket huruf ‘D, I, O, R;  melengkapkan rekaan ini dengan sentuhan akhir yang anggun.

Lady Dior Clover
Lady Dior Buttercup
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down