Mungkin kedengaran sedikit dramatik, tetapi mencari baju-T putih yang terbaik tidaklah semudah itu. Selepas mengambil kira beberapa faktor seperti potongan baju dan jenis fabrik, ini senarai baju-T putih mesti ada dalam almari pakaian anda.
Crisp White T-Shirt
Perfectly tailored dan harga mesra-dompet buatkan baju-T putih daripada jenama highstreet Mango ini antara item fesyen mesti ada untuk anda padu padankan dałam penggayaan harian anda. Ia memberikan impak quiet luxury yang sedang trending sekarang ini.
Material: Cotton
Harga: RM39.90
100% Mercerised Cotton T-Shirt
Jika anda mahukan baju-T berstail santai, ini pastinya pilihan yang sempurna. Mungkin di mata kasar baju ia tampak sama sahaja, namun jika anda pemakai baju-T putih yang tegar, you could tell the difference easily.
Material: 100% Mercerised Cotton
Harga: RM199
Boxy Crew Neck T-Shirt
COS adalah antara salah satu jenama fesyen yang menawarkan baju basic berkualiti tinggi. Jika anda mahu mencuba sesuatu yang baharu, apa kata cuba baju-T berlengan tiga suku yang menjadi kegemaran gen Z masa kini.
Material: 100% Cotton
Harga: RM190
Printed Logo T-Shirt
Apabila jenama-jenama luxury mula memperkenalkan baju-T bercetak logo, ia menjadi simbol status newgen. Padankan bersama celana denim atau skirt, and you're ready to go!
Material: Cotton Jersey
Harga: RM603
90's Baby-T
Pernah suatu ketika menjadi trend pada zaman 90s, baju-t stail ini cukup popular dikalangan muda-mudi. Potongan sedikit slim-fit dan fabrik kapas tebal membuatkan pakaian dalam anda tidak see-through, which is a big plus point!
Material: 100% cotton
Harga: RM1,825