
Pembuat jam tangan mewah dari Switzerland, OMEGA membuka kembali butik terbaru dan terbesar jenama ini di pusat beli-belah Suria KLCC. Lebih menawan dengan rekaan dalaman yang cukup mewah dan diubah suai bagi memberi pengalaman baru buat pengunjung.
Dari luar butik kemewahan terpancar dengan terampilan gelas kaca berbingkai perincian emas. Menciptakan sesuatu yang cukup elegan dan pada masa yang sama mengekalkan warisan jenama ini. Butik ini direka bentuk mengikut standard butik-butik lain yang ada dengan perincian rona merah yang signifikan dengan jenama ini.
Majlis diraikan dengan penuh kemeriahan acara. Kehadiran friends of brand, Marion Counter bersama Martin Issing iaitu Vice President Malaysia at OMEGA menjadi saksi pembukaan ini sebagai satu penanda aras baru dunia OMEGA di Malaysia.
Majlis turut diraikan selebriti dan pempengaruh digital temapatna seperti Azira Shafinaz, Alicia Amin, Tracie Sinidol dan pemuzik NYK serta lain-lain.
Butik Terbesar OMEGA
Dengan keluasan yang dioptimumkan, jenama ini memberi satu pengalaman santai untuk setiap pengunjung melewati setiap koleksi yang ada di sini. Satu zon disediakan bagi setiap pengunjung yang mahu melihat lebih dekat dan mendengarkan cerita di sebalik setiap koleksi terpilih.
Memberikan lebih keterujaan, sebuah lounge peribadi yang direka khas disediakan untuk pengunjung, menawarkan suasana eksklusif bagi sesi rundingan, perkhidmatan khas dan penjagaan khusus, selaras dengan prestij jam tangan OMEGA. Pembukaan semula butik OMEGA di Suria KLCC menandakan satu pencapaian penting bagi mengukuhkan jenama ini di kalangan pengikut setia di Malaysia






