
Lambang keanggunan terus diserlahkan jenama BONIA menerusi edisi BONIA Elegance BNB10872. Bergerak sebagai lambang masa dan keanggunan pemakai ia dihasilkan bagi mencerminkan sisi kelembutan dan pada masa yang sama kekuatan.
Diilhamkan daripada sisi lembut kuntuman bunga, edisi ini dihasilkan sebagai sebuah lambang ekspresi diri yang direka untuk wanita melangkah dan menyinar di dunia luar yang penuh cabaran.
Didatangkan dalam lima rona yang memukau, setiap satunya direka dengan naratif tersendiri. Bergerak di orbit siang ke malam ia dihasilkan melengkapi kehendak pemakai mengikut masa. Bayangkan lembutnya semburat senja yang tenang dan penuh keanggunan — sesuai untuk detik-detik yang penuh kelembutan.

The Elegance daripada BONIA ini menarik pada pandangan pertama dengan paparan dail yang menyerlah dan cukup dramatik. Kelopak dengan rekaan timbul menyerlahkan rekaan dail dengan sentuhan artistik yang berseni.
Jarum jam dan minit direka dalam bentuk daun yang yang terletak sempurna sebagai sebuah lambang kelembutan. Floral menjadi ilham sempurna memberi sifat buat pemakai sebagai lambang feminin dan tersendiri.
Keanggunan dan ketenangan didatangkan dengan kelahulasan seni pembuatan yang tersendiri. Di pergelangan tangan pemakai ia mendakap sempurna dan menjadikan ia sebagai pelengkap gaya yang mencipta identiti semulajadi pemakai.
