Sehingga beberapa dekad yang lalu, barang kemas hanya berada dalam dua kategori: berharga tinggi tetapi berkualiti dan kekal, dan costume jewelry yang tidak menelan kos tetapi mudah rosak. Sukar untuk mencari perantaraannya. Walau bagaimanapun, bukaan baru bagi industri aksesori kini tiba. Jenama baru kini dapat menghasilkan barang kemas berkualiti tinggi dengan harga mampu milik, dan yang paling penting, tahan lama.
Meskipun barisan selebriti menghias diri bersama berlian daripada Tiffany, Cartier atau Bulgari untuk acara besar fesyen atau karpet merah, namun bukan semua aksesori harian mereka perlu didampingi pengawal peribadi. Malah sebenarnya, jenama kegemaran artis Hollywood menawarkan barang kemas dengan harga di bawah RM500. Daripada Sydney Sweeney ke Taylor Swift, trend selebriti mengenakan aksesori seperti mampu milik semestinya kian meningkat.
Taylor Swift
Bermula dengan obsesi Taylor Swift bersama Mazin Jewels yang mengejutkan internet. Taylor secara konsisten menggayakan aksesori oleh jenama itu sejak tahun 2023. Dapat dilihatkan penggunaannya sama ada pada girls night out, mahupun di tetapan yang formal seperti kemunculannya di podcast New Heights dua minggu lalu.
Charli XCX
Ratu brat, Charli XCX menyarungkan anting-anting gelung oleh Jennifer Fisher pada majlis hari jadi rakan jelajah konsertnya, Troye Sivan bulan Jun lalu. Jenama ini juga pernah dipakai selebriti lain seperti Olivia Rodrigo, Dua Lipa and Kylie Jenner.

Sydney Sweeney
Selamat dikatakan bahawa Mejuri dipakai oleh semua selebriti! Namakan sahaja, Olivia Rodrigo, Selena Gomez, Taylor Swift... Gelombang fenomenanya amat tinggi sehingga ia pernah diperkatakan oleh Vogue. Dengan reka bentuk aksesori minimalis, tidak hairan mengapa ia menjadi pilihan sama ada untuk harian mahupun karpet Golden Globes.

Hailey Bieber
Sama ada gelang, anting-anting mahupun cincin. Jordan Road Jewelry merupakan sebuah jenama yang dilimpahi rekaan bold dan timeless, diminati oleh para selebriti seperti Hailey Bieber dan Emily Ratajkowski. Hailey juga gemar dengan jenama Heaven Mayhem yang lebih sleek dan moden.


