Kemeriahan masih terasa, malam AJL39 masih lagi kekal menggamit di ingatan. Setiap finalis mempersembahkan lagu masing-masing dengan penjiwaan dan penguasaan pentas yang cukup hebat. Tiada satu pun yang menghampakan. Bukan itu sahaja, kesungguhan mereka dalam memastikan segalanya tampil sempurna daripada busana hinggalah solekan dan dandanan membuatkan kami di ELLE terinspirasi ingin berkongsi beauty looks menarik pilihan kami.
Solekan dan Dandanan Pilihan ELLE di AJL 39
1) Nadeera

Antara yang paling mendapat perhatian di malam AJL 39. Solekannya yang cukup menawan disolek oleh jurusolek profesional, Syed Faizal Syed Noh. Memilih menggayakan solekan mata smoky berkemilau yang cukup glamor kemudian dipadu bersama pipi merah jambu lembut bak bunga ros. Bibir pula lebih toned-down dengan olesan gincu rona nude sepadan dengan tona solekan pipi. Keseluruhan solekan boleh dikatakan sempurna dan saling compliment antara dandanan rambut, padanan aksesori dan busananya yang putih suci.
2) Ernie Zakri

Melihat sahaja solekan Ernie, terus terasa seperti melihat sebuah patung yang cukup comel. Disertakan tampalan sticker berbentuk bunga dan kemilau menghiasi hujung dan bawah matanya. Dan bukan itu sahaja, kelopak matanya turut dioles pembayang mata rona warna-warni seperti biru dan kuning kehijauan, sepadan sulaman batu permata pada bajunya. Jika diamati dengan lebih dekat, bahagian bawah mata Ernie dioles penggaris mata rona putih dan dilapis dengan penggaris mata rona coklat untuk memberi efek mata yang lebih memukau. Jurusolek profesional, Sahir Sabri, bijak memadu adunan rona agar kelihatan tidak keterlaluan.
3) Ara Johari

Ara Johari tampil berbeza dengan dandanan rambut extension nya yang ekstra panjang! Bibian Leong sebagai penata gaya rambut ibarat memberi satu nafas baru kepada gaya kecantikan wanita ini. Manakala, jurusoleknya pula, Shiyo Joo, tidak asing dengan magis tangannya, memilih solekan mata yang fun memadu mata smoky yang memberi efek edgy bersama sentuhan sedikit fun di mana Shiyo menyarung solekan eyeliner rona ungu kemilau sepadan dengan busana Ara pada malam itu. Kami sukakan kombinasi dua konsep pada solekan mata ini.
4) Amelia Henderson

Muncul sebagai artis jemputan di persembahan Amir Masdi yang penuh bertenaga. Sememangnya pesona wanita ini cukup memukau setiap mata yang memandangnya di atas pentas pada malam itu. Rambut didandan oleh Bibian Leong, mengenakan fringe panjang dan rambut selebihnya digayakan updo ala era Audrey Hepburn pada tahun 60-an dahulu. Solekan wajahnya turut memberi aura klasik dengan memilih rona monokromatik coklat tanah menghiasi bibir dan matanya. Yang penting, Amelia tampak sangat sofistikated pada malam itu.
5) Marsha Milan

Kemenangan Marsha Milan di AJL 39 sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Vokalnya yang memukau mendendangkan lagu Hening Rindu, layak dinobatkan sebagai juara. Selain suara lunaknya, mata kami turut tidak dapat menahan daripada melihat kecantikan wanita ini di dalam busananya yang cukup classy dan menawan. Malah, solekan dan dandanan rambutnya turut memukau mata kami yang memandang. Jurusolek profesional, Ady Razak, bijak melakar warna pada wajah Marsha. Ady turut berkongsi di laman media sosialnya yang mana dia menggunakan produk daripada Anastasia Beverly Hills untuk mencantikkan wanita ini. Manakala, dandanan rambut pula oleh Yusof Ruzaimi adalah sangat sempurna. Semi wet look? We love it!
6) Janna Nick

Tatkala dia memasuki kawasan konsert berlangsung, ramai yang tidak dapat melepaskan pandangan mata daripada melihat Janna Nick dan pasangannya, Dini Schatzmann. Hadir serba elegan mengenakan busana hitam dan tatahan barang kemas bertatahkan batu berlian pada leher dan telinganya. Kemudian solekannya yang padan dengan keseluruhan looknya itu. Mengenakan gincu bibir rona merah burgundy adalah pilihan yang tepat!
Gambar: Instagram