Langgan

Raya 2025: Pertemuan Dua Ikon dalam ALIA B 'Rhapsody'

Dalam meraikan Syawal yang penuh makna, dua ikon bersatu, menjalin hubungan budaya dan mengetengahkan sisi multifaset wanita moden.
4 minit untuk membaca
Published: February 9, 2025

Salah satu jenama yang sentiasa dinanti-nantikan tatkala watu Raya adalah ALIA B, “adik” kepada jenama couture terkemuka, Alia Bastamam. Tahun ini, ALIA B Raya mencipta detik bersejarah dengan meraikan ulang tahunnya yang ke-10. Untuk menandai peristiwa istimewa ini, mereka melancarkan sebuah kempen istimewa buat Zalora yang menyatukan dua ikon Asia Tenggara: seorang dari Malaysia dan seorang lagi dari Indonesia. Kolaborasi istimewa ini melangkaui sempadan, menyulam hubungan antara Malaysia dan saudara serantau Nusantara, Indonesia, dalam sebuah penyatuan simbolik yang meraikan warisan dan persaudaraan budaya yang dikongsi bersama.

ALIA B Rhapsody
Marion Caunter untuk ALIA B Raya. Fotografi oleh Azim Mahayudin

Menjadi wajah utama kempen bersejarah ini ialah figura fesyen Marion Caunter dari Malaysia dan pelakon Raline Shah dari Indonesia. Kedua-dua ikon ini melambangkan kekuatan, keanggunan dan jiwa muda yang selari dengan inti pati koleksi ini. Bersama-sama, mereka menghidupkan mesej tentang kebebasan, kecantikan dan pertumbuhan yang dirakam dalam visual yang memukau, penuh puitis dan tenaga.

ALIA B Rhapsody
Raline Shah untuk ALIA B Raya. Fotografi oleh Azim Mahayudin

Sembang Stail Raya Bersama Alia Bastamam

Boleh ceritakan tentang koleksi Raya ALIA B tahun ini?
Koleksi Raya tahun ini sangat istimewa – ia menandakan ulang tahun ke-10 ALIA B Raya. Kami menamakannya 'Rhapsody' kerana ia mencerminkan perjalanan pertumbuhan dan emosi. Ia menggambarkan bagaimana wanita ALIA B telah berkembang menjadi wanita yang luar biasa. Ketika mereka pertama kali mengenakan ALIA B, mereka adalah bunga yang sedang mekar; hari ini, mereka adalah ibu, isteri, pemimpin perniagaan dan individu yang berdaya.

Untuk koleksi, kami menampilkan sesuatu yang lebih halus dan matang. Bayangkan siluet mendakap tubuh, warna-warna terang, corak berani dan gaya berbilang potongan yang serba boleh.

Bagaimana proses persiapan untuk menghasilkan koleksi Raya?
Tahun ini sangat signifikan kerana ia menandakan kembalinya saya ke KL Fashion Week dan debut kami di Dubai Fashion Week. Perjalanan ini bermula pada bulan April dengan peringkat reka bentuk awal, diikuti dengan perjalanan sourcing pertama saya selepas pandemik. Pda bulan Ogos, semua sampel telah dimuktamadkan dan dihantar untuk pengeluaran.

Pada bulan November, kami sudah memasuki perancangan dan pelaksanaan sesi penggambaran – satu pencapaian yang luar biasa, dengan menampilkan dua ikon, termasuk bintang terbesar Indonesia. Ia memerlukan banyak koordinasi dan tenaga, tetapi kami berjaya menyatukan semuanya tepat pada masanya untuk melancarkan koleksi pada pertengahan Januari. Perjalanan ini sangat mencabar, tetapi melihat segala-galanya hidup adalah berbaloi!

ALIA B Rhapsody
Raline Shah untuk ALIA B Raya. Fotografi oleh Azim Mahayudin

Kongsikan inspirasi di sebalik kempen Raya 2025 ini. Mengapa Marion Caunter dan Raline Shah dipilih sebagai wajah utama?
Kempen 'Rhapsody' untuk Raya 2025 adalah satu perayaan tentang kecantikan, pertumbuhan dan emosi. Untuk menghidupkan kisah ini, kami mahu mencipta visual yang bukan sahaja menakjubkan tetapi juga penuh ekspresi. Bekerjasama dengan guru tari Dida Mallik dan penarinya dari pusat tarian DiDance adalah kunci. Gerakan mereka yang anggun menambah elemen kelancaran dan emosi yang sesuai dengan naratif koleksi ini, semuanya dirakam oleh rakan kolaborator visual lama kami Azim Mahayudin dan Jufri Jamal dari AM Studio.

Apabila tiba masa untuk memilih bintang, Marion Caunter dan Raline Shah sudah ada dalam fikiran kami sejak koleksi ini diwujudkan. Marion melambangkan high-end style dan sofistikasi sambil kekal relatable, menjadikannya wanita ALIA B yang sempurna. Raline pula membawa daya tarikan baru dan antarabangsa dengan kewibawaan dan pesonanya. Bersama-sama, mereka mencerminkan dualiti koleksi ini – esensi yang muda dan ceria serta identiti yang halus dan yakin.

Apakah proses kreatif di sebalik perancangan koleksi Raya anda?
Inspirasi datang dari mana-mana, tetapi nostalgia memainkan peranan besar. Untuk koleksi ini, saya melihat kepada inti pati Raya itu sendiri: perasaan kebersamaan, kegembiraan dalam berpakaian dan pelbagai peranan yang dimainkan oleh wanita sepanjang musim ini. Terdapat juga sentuhan halus terhadap Malaya pasca kolonial, menggabungkan corak taman dengan gaya tradisional Melayu seperti kebaya untuk menggambarkan kenangan yang biasa melalui pandangan moden. Inilah sebabnya 'Rhapsody' menawarkan pelbagai motif dan warna pastel romantik hingga tona permata yang berani dan hitam yang penuh keyakinan.

ALIA B Rhapsody
Marion Caunter untuk ALIA B Raya. Fotografi oleh Azim Mahayudin

Bagaimana anda memutuskan rekaan, palet warna dan estetika keseluruhan koleksi?
Semuanya bermula dengan the women i design for – kehidupan, emosi, mood dan aura mereka. Setiap koleksi saya cuba untuk lebih dari sekadar penampilan. Saya mahu cipta satu hubungan yang lebih mendalam dengan bagaimana mereka rasa bila memakai setiap rekaan.

Mengenai palet warna, pastels seperti blush dan sage membangkitkan romantik dan kelembutan, sementara hitam berani dan tona permata melambangkan keyakinan dan misteri. Kontras ini mencerminkan peranan pelbagai yang dimainkan oleh wanita, beralih dengan mudah antara detik-detik ceria dan kehadiran yang menguasai. Estetika keseluruhan tetap setia pada DNA Alia Bastamam – kemewahan berunsur resort dengan penekanan pada gaya santai yang sofistikated.

Apakah pendekatan anda untuk memastikan koleksi tetap segar sambil kekal setia pada tradisi Raya?
Semua ini tentang keseimbangan – menghormati inti pati Raya sambil memperkenalkan elemen baru yang sesuai dengan keinginan wanita masa kini. Saya melihat siluet timeless tetapi membayangkannya dengan sentuhan moden, sama ada melalui corak yang emosional, perincian yang menonjol atau serba boleh yang melangkaui perayaan Raya. Tradisi menyediakan asas yang indah, tetapi adalah penting untuk mencampurkannya dengan kreativiti dan keperibadian.

Raline Shah untuk ALIA B Raya. Fotografi oleh Azim Mahayudin

Apakah bahagian yang paling memuaskan dalam mencipta koleksi Raya setiap tahun?
Melihat bagaimana koleksi menjadi sebahagian daripada perayaan dan kenangan orang ramai. Mengetahui bahawa sesuatu yang saya cipta memberi sumbangan kepada itu menjadikan segala usaha berbaloi. Mendengar cerita wanita yang memakai ALIA B untuk Raya pertama mereka sebagai seorang ibu, atau berkongsi detik-detik bersama orang tersayang dalam rekaan kami adalah sangat memuaskan. Ia mengingatkan saya mengapa saya melakukan apa yang saya lakukan – bukan sekadar mencipta fesyen tetapi untuk mencipta sesuatu yang menjadi sebahagian daripada kehidupan orang ramai dan detik-detik paling berharga mereka.


Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down