โApa yang istimewanya himpunan โOdyssey Act III : Futureโ ini? Ia adalah mesej saya untuk wanita-wanita di luar sana agar tidak mengenal erti takut menjadi diri sendiri. Pakai apa sahaja yang anda mahu pakai. Nikmati hidup seperti mana anda mahu menikmatinya,โ jelas Alia Bastamam. Setelah mementaskan โOdyssey Act I : Pastโ dan โOdyssey Act II : Presentโ di New York dan Kuala Lumpur, Alia Bastamam mengangkut โfutureโ ke debut mereka di Dubai Fashion Week.

Jelajah Alia Bastamam ke Dubai, menggemilangkan kehebatan fesyen Asia atau jenama lokal Malaysia di arena Timur Tengah. Berjaya menemukan sukses di luar jangkaan, pementasan 'Odyssey III : Future' menggarap pembangunan jenama - dari masa kelahiran jenamanya sehinggalah kedewasaannya.
Fikiran Alia Bastamam pula tertuju kepada sesuatu yang keluar daripada khayalan, โKami mahu menjayakan โOdyssey Act III : Futureโ, yang memandang prospek jenama ini.โ

'Odyssey III : Future' tentang apa yang mendatang di Alia Bastamam
Pemerkasaan dan kebebasan adalah kata kunci himpunan โOdyssey Act III : Futureโ. Alia seakan pengembara masa, yang mengunjungi hari kemudian dan pergi dengan azam yang berbekal semangat positif untuk disampaikan kepada wanita-wanita Alia Bastamam. Ia adalah prarasa Alia sewaktu membuahkan ilham rekaannya kali ini, kerana dalam kotak fikirannya, dia mahu mengisi halaman tema rekaannya dengan kisah introspeksi wanita yang menyempurnakan perjalanan โ dari masa lampau, masa kini dan masa hadapan.
Tema ini sangat beralas. Kerana seiringan dengan setiap langkah yang lanjut kedewasaan.ย โThe past was all about collecting memories.ย Masa kini pula berkaitan dengan kepastian keberadaan jenama kami. Dan masa hadapan (dalam โOdyssey Act III : Futureโ) adalah pandangan tentangย staying powerย Alia Bastamam,โ sambung Alia.ย

Fragmen-fragmen โOdysseyโ memperlihatkan kebezaan. Jika dibandingkan dengan himpunan โAct Iโ dan โAct IIโ, โAct IIIโ meneroka eksperimental dari aspek pola dan fabrik. Fabrik, jenis-jenis lisu, teknik sulaman dan perincian, yang kesemuanya berlainan daripada sebelum-sebelum ini, bergilir keluar di atas pentas musim bunga / panas 2025. Alia malah mengutamakan konsep siluet dekonstruksi, longgar danย volume,ย diserasikan dengan citra sensual. Contohnya,ย lookย 18 yang menukar siluet jaketย bomber,tidak tampil seperti jaketย bomberย yang kita biasa lihat. Kerana Alia memadukan ia dengan konsep manipulasi pola (terutamanya pada bahagianย fastening) yang mendedahkan bahagianย midriffย dan menjelmakan imej seksi.ย
Menyentuh tentang pemilihan Scha Al-Yahya menutup pentas musim bunga / panas 2025 kerana kecocokan susuk jijak Scha dengan jenama Alia Bastamam. Mekarnya Scha sebagai seorang individu itu umpama mendasari ilham โOdysseyโ. โSaya sudah bekerjasama dengan Scha sejak 14 tahun yang laluโฆsebelum saya ada butik lagi!โ Kata Alia. Maka, kedewasaan Scha dilihat sebagai simbol perjalanan jenama Alia Bastamam dan atas faktor itulah, Scha seyogianya disunting menjadiย museย utama.ย


