Kuala Lumpur mempunyai pelbagai pilihan kafe menarik yang menawarkan suasana santai dengan makanan dan minuman yang lazat sehingga tengah malam. Ini 5 kafe yang anda boleh cuba hujung minggu ini dan dapat memberikan pengalaman hangout yang terbaik, sama ada anda mencari tempat untuk menikmati kopi, snacking atau sekadar bersantai dengan kawan-kawan.
28 Studio, Setapak
Buat yang gemarkan suasana relaks, 28 Studio di Setapak adalah pilihan yang sempurna dengan konsep studio foto. Kafe ini terkenal dengan minuman kopi berkualiti tinggi serta pilihan pencuci mulut yang menyelerakan. Ia menjadi tempat ideal untuk hangout bersama teman pada waktu malam dengan ruang yang luas dan mempunyai pelbagai jenis games untuk anda main bersama.
Waktu operasi: 12 tengah hari - 2 pagi
@explorewithjake I think i found my new favourite late night hangout spot in kl, and its @28studiokl. This is a cafe with an in-house unlimted photostudio, a ton of board games, cookies so yummy and a range of matcha & coffee drinks! Honestly i cant ask for more for me to just hangout and chill with my friends for hours here! Again do try the pink matcha and the redvelvet or chocolate chip cookies. It was so good! Like i will come back here soon just for it. Grab your friends and head down to 28 studio & coffee to have a good time! 📍28 Studio & Coffee, Setapak, KL #tiktokmalaysia #followbyfollow #2024 #malaysia #cafe #matcha #boardgames #photostudio #unlimted #latenight ♬ thim slick - 2000-2022
Campyside, TTDI
Jika anda ingin menikmati suasana ala-ala perkhemahan di tengah bandar, Campyside di TTDI adalah destinasi yang sesuai. Dengan konsep unik yang menampilkan suasana outdoor yang nyaman, kafe ini memberikan pengalaman berbeza untuk pengunjung. Selain kopi dan teh yang sedap, mereka juga menawarkan makanan ringan seperti pastries untuk dinikmati sehingga lewat malam.
Waktu operasi: Tutup buat sementara waktu
@asrafisa_ The best hang out place malam2 vibe2 hutan. Bukan di Janda Baik atau Hulu Langat, tapi di Penchala sahaja. Lagi ramai, lagi meriah kalau lepak! Tempat ke dalam sikit, nak parking tu kena extra careful sebab tempat ni macam atas bukit sikit. Tapi ons gila kalau lepak sini 📍 @Campsyde Damansara #campsydedamansara #coffeettdi #coffeepenchala #coffeek #cafekl #klfoodie #ttdi #penchala @Jazli Jumain ♬ original sound - Asrafisa
Betterdays Slow Coffee, KL
Rumah yang dijadikan sebagai kafe, Betterdays Slow Coffee membawakan vibe retro yang menarik perhatian ramai. Terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, tempat ini menawarkan menu yang pelbagai termasuk kopi, matcha, serta dessert seperti tiramisu. Dengan dekorasi vintaj dan pencahayaan yang tenang, kafe ini memang terbaik untuk menghabiskan malam dengan suasana yang tenang dan tempat yang Instgramable!
Waktu operasi: 9 malam - 1 pagi
Grind Floor Cafe, Taman Melawati
Bagi mereka yang berada di sekitar Taman Melawati, Grind Floor Cafe adalah tempat yang harus dicuba. Kafe ini terkenal dengan konsep minimalis dan cozy, sesuai untuk mereka yang ingin bersantai sambil menikmati secawan kopi atau matcha latte. Selain itu, mereka juga menyediakan bermacam pilihan makanan dan dessert seperti tiramisu dan banyak lagi.
Waktu operasi:
Isnin, Selasa, Khamis, Sabtu & Ahad: 12 Tengah Hari - 12 Tengah Malam
Jumaat: 2:30 Petang - 12 Tengah Malam
Tutup setiap hari Rabu
Pucks Coffee, Pasar Seni
Terletak di Pasar Seni, Pucks Coffee adalah lokasi ideal bagi mereka yang mencari kafe dengan suasana tenang dan muzik latar yang menyenangkan. Dengan pelbagai pilihan kopi artisanal serta kek dan pastri yang menarik, ruangnya yang selesa menjadikannya destinasi yang sesuai untuk sesi hangout.
Waktu operasi: 12 Tengah Hari - 12 Tengah Malam
Tutup setiap hari Selasa