Langgan

Trending! Solekan "No Mascara" Lebih Natural!

Konsep seperti clean girl look, sesuai untuk dijadikan solekan harian anda!
1 minit untuk membaca
Published: January 20, 2025

Bila berbicara tentang solekan, para wanita akan mengambil masa yang lama apabila bersiap. Kini trending di TikTok, dimana stail solekan “no mascara” untuk kelihatan lebih effortless dan fresh, tetapi masih on point! Jom baca lebih lagi untuk dapatkan look ini.

Pengganti maskara: Jika anda ingin untuk mendapatkan volume bulu mata yang cantik dan sihat, sebagai gantian, boleh sahaja menggunakan gel aloe vera, vaseline, atau krim yang sesuai tanpa kesan yang terlalu dramatik. Jangan lupa juga untuk gunakan alat pelentik bulu mata untuk memberikan efek bulu mata yang lebih terangkat, sekali gus menjadikan mata kelihatan lebih besar dan menawan.

Rutin solekan yang sama: Untuk dapatkan look ini, aplikasi foundation atau concealer dengan kuantiti yang sedikit dari kebiasaan. Jangan lupa untuk beri perhatian kepada asas solekan seperti penjagaan kulit dan penggunaan primer. Langkah-langkah ini akan membantu untuk memastikan look ini lebih segar, tahan lama, dan memberikan efek wow!

@diya.pandeyyy No mascara makeup is the perfect summer makeup✨💞 @Amaya Colon #nomascaramakeup #cleangirlmakeup #browngirlmakeup #cleangirlmakeupforbrowngirls ♬ original sound - Diya ♡

Kening on fleek: Look ini sangat penting dengan adanya bentuk kening yang terletak dan kemas. Untuk mendapatkan kening yang sempurna dan terbentuk, boleh sahaja menggunakan gel kening yang sesuai dengan warna semula jadi kening anda untuk memberikan penampilan yang lebih sofistikated.

Tambahan warna: Pemerah pipi ataupun blusher bukan sahaja dapat menaikkan look ini, tetapi dapat membantu memberikan tona warna yang menjadikan wajah kelihatan lebih segar sepanjang hari. Tambahan pula dengan sentuhan lipstik rona merah yang sesuai dengan warna kulit anda juga sesuai untuk menampakkan look yang lebih elegan dan berani.

Hailey Bieber sebagai contoh seseorang yang selalu dengan no mascara makeup
Instagram : @haileybieber
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down