Langgan

Resolusi 2025, Menjadi Berani & Melawan Gentar Dalam Gaya-Gaya Pilihan Musim Bunga 2025

'Berani Candang' - Lembaran fesyen pembuka tahun 2025, tentang mengatasi ketakutan!
2 minit untuk membaca
Published: January 20, 2025

Umpama  solilokui yang mengungkapkan lawan kepada gentar dan segala fobia. Melantas pada nada gaya dan bentuk seberhana pakaian, yang menterjemahkan kewanitaan untuk resolusi 2025! Rupa lembut, artistik, sharp, penuh volume… lambang kekosenan.

Bulan Januari ini adalah pangkal permulaan tahun 2025, yang mengharumi ilham si wanita untuk BERANI CANDANG - menjadi seteru kepada segala ketakutan yang bisa menenggelamkan diri. Lalu, si wanita memperlengkapkan dirinya dalam heladan-helaian musim bunga 2025 untuk mengekspresikan keberanian itu!

resolusi 2025

Mencencang Air
Rupa seluruhnya berisi volume dan kelihatan ekstra, mempertunjukkan keberanian dalam imbangan siluet.

Dress dan subang telinga daripada LOUIS VUITTON

resolusi 2025

Menandingi Sempit
Mengadukkan citra keperempuanan dan idea gaya nakal, menyungguhkan ketekalan stail wanita.

Dress dan kasut daripada PRADA. Cincin daripada FERRAGAMO.

resolusi 2025

Meniadakan Sang Badut
Bereksperimen dengan kegeniusan untuk diserasikan dalam rekaan. Lantas menjelmakan keunikan.

Dress daripada MSYD. Kasut milik penata gaya.

resolusi 2025

Menggencat Runcing
Struktur klasik hadir berwajah kontemporari, mempamerkan jiwa terbuka si wanita.

Kemeja daripada BOTTEGA VENETA.

resolusi 2025

Menyuluhi Gelita
Reformis gaya yang merupa bentuk glamor menyerlahkan nadi kewanitaan sejati!

Dress daripada RIZMAN RUZAINI.

Mendepani Laki-Laki
Perincian lembut beralas corak feminin. Mempertunjukkan keberanian arketaip kewanitaan.

Kemeja daripada GUCCI

Memenangkan Cinta
Sifat wanita vintaj memancarkan keunggulan, tiada takut tampil asing.

Dress, rantai dan subang telinga daripada VALENTINO

resolusi 2025

Mengatasi Tinggi
Rona monokrom dihidupkan oleh permainan pola dan tekstur, sebagai usikan mata dalam penggayaan.

Dress, gelang tangan, cincin dan kasut daripada FERRAGAMO.

Menggagahkan Jelik
Tidak takut nampak kecantikan semula jadi. Menghargai diri, seadanya.

Melantangkan Suara
Membentengi segala macam citra feminin kekal abadi, biar berganti masa.

Dress daripada MOSCHINO. kasut daripada LOUIS VUITTON. Coker milik penata gaya.

Mengasihi Liar
Hadir dalam siluet klasik, membuktikan kekuasaan gaya wanita takkan pudar.
Dress daripada DOLCE & GABBANA.

Pengarang Pengurusan & Penataan Gaya : Ardi Idewani | Pembantu Penyelaras : Athirah Zahra & Farah Sofea | Arahan Seni : Iera Nadzlim | Fotografi : Chuan Looi (Yipieyaya Studio) | Pembantu Studio : Muhaimin | Solekan : Syed Faizal | Dandanan : Yusof Ruzaimi | Model : Deedee Nash

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down