Langgan

Menampilkan Supermodel, Grace Mahary Dalam Halaman Fesyen 'MONUMENTAL'

Grace Mahary memancarkan auranya dalam halaman fesyen Januari 2026.
2 minit untuk membaca
Published: January 29, 2026

Dobrak sempadan gaya dan menghargai citra feminin nan statuesque. Bersama Grace Mahary ‘menyuarakan’ anatomi dirinya dalam balutan busana ultra-kewanitaan, persona kesenibinaan ciptaan dan high-contrast.

Membuka awal tahun 2026 ini dengan merayakan kehebatan dan menghargai kecekalan wanita. Segalanya tentang keabadian keanggunan yang menjangkaui sempadan fesyen. Teras semangat feminin menghuni dalam jiwa Grace Mahary, membangunkan kemerdekaan, kebanggaan serta mengilustrasikan keindahan dalam suatu kontradiksi - tema untuk lembaran fesyen ELLE bulan Januari ini!

grace mahary

GOTIK BRUTALIS
Mempertemukan dua naratif seni yang berbeza dan apa yang bertunas adalah keserasian. Inspirasi gaya goth, dengan citra butralis… mencetuskan gaya glamor ultra-moden.

Top korset daripada MARIO FUGNITTO. Skirt daripada RICK OWENS. Kasut daripada CHRISTIAN LOUBOUTIN. Aksesori daripada KRWN JEWELS.

grace mahary

UNTAMED GLAMOUR
Melawan kesederhanaan. Biar jadi wanita yang ‘ekstra’! Motif eksotik liar berharmoni rapi dengan volume berat, lantas terciptanya siluet baharu.

Top korset daripada MARIO FUGNITTO. Dress daripada GOLSHAAH. Kasut daripada JIMMY CHOO. Aksesori daripada KRWN JEWELS

grace mahary

SENI ARCA
Fluid elegance adalah cerminan tepat untuk mengekspresikan gaya ini. Emotif dan imaginatif Bersatu, mencorakkan imej wanita yang statuesque. 

Top korset daripada MARIO FUGNITTO. Dress daripada JACQUEMUS. Kasut daripada JIMMY CHOO Akesori vintaj milik penata gaya.

grace mahary

GEOMETRI LEMBUT
Wanita yang gah diterjemahkan menerusi tampilan dress yang berasaskan pola draping geometri, bertekstur kemas dan keseksian yang menyelimuti tubuh.

Dress daripada SANDRO. Aksesori vintaj milik penata gaya.

SILENT MOTION
Citra minimal, namun masih mampu menjulang pemerkasaan. Inilah yang tafsiran sebenar quiet luxury si wanita!

Dress daripada GOLSHAAH. Kasut daripada LOEWE. Aksesori daripada KRWN JEWELS

ART OF BECOMING
Melambangkan diginiti serta simbol kekuatan. Memahami kesenian siluet seorang wanita dan menjelmakan suatu kebanggaan.

Seluar daripada JACQUEMUS

FOTOGRAFI Michael Kai Young | PENATAAN GAYA Aliecia Brisett | DANDANAN Ryan L. McGovern @ P1M | SOLEKAN Robert Weir @ CADRE menggunakan NARS COSMETICS | RIAS KUKU Shantelle Bishop | MODEL Grace Mahary @ CIOTTI | TEKS Ardi Idewani

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down