Di antara sela, badani dan memori – tata sekitar sesuatu yang minimal dan semangat quiet power membahasakan jelas nadaan pakaian musim bunga/panas 2026. Yang ditunjangi lagi oleh simulasi fotografi ‘jagat lain’ yang membisikkan seluruh bumbu ilham.
Bersempena bulan fesyen (bulan Mac 2026), halaman fesyen kali ini membangkitkan kuasa tenang atau 'quiet power' menerusi seni pemakaian. Tanpa perlu ada kelantangan atau kenyaringan yang mendominasi. Ia adalah kuasa yang dimiliki oleh si wanita!

Buana Sendiri
Siluet sculpted, yang melawan rona kirmizi bertemu tailoring minimal – menyatukan kekuatan moden dengan kehalusan rasa mewah.
Skaf kepala, kot trenc, cincin dan kasut, kesemuanya daripada GUCCI

Penuh Kawalan
Binaan gaya yang lembut, berona hitam dengan paduan dua tekstur berbeza melambangkan sofistikasi progresif.
Dress daripada ALLSAINTS
Kasut daripada MANOLO BLAHNIK
Hiasan topi milik penata gaya

Ketertiban Struktur
Penuh ekspresi. Segala apa yang terkandung dalam penggayaan ini ‘melaungkan’ statement dalam pemakaian.
Dress, kemeja, beg tangan dan kasut, kesemuanya daripada PRADA

Noir Whisper
Layering and sheer textures. Mencorakkan sensual serasa misteri, khusus buat wanita yang tiada isitilah gentar pada kuasa godaan.
Dress daripada FERRAGAMO
Subang telinga, rantai dan gelang tangan daripada CHOPARD

Silent Sparkle
Kesinaran aksesori menangkap perhatian quiet power menerusi keamatan halus yang menyerlahkan tenaga tersembunyi dalam diri!
Cincin dan subang telinga, kesemuanya daripada CHOPARD

Disiplin Seni
Memahami tradisi atau kesejarahan seni pakaian, namun digarap secara tidak ketara. Menggugah cerapan dan menjelaskan kecelikan hal berfesyen.
Kemeja, skirt, subang telinga, cincin, beg tangan dan kasut, kesemuanya daripada DIOR

Tegas dan Tenang
Putih serigading sebadan, berbalas potongan lembut pada sepasang sut sejujurnya menghembuskan kekuatan jiwa.
Blazer dan seluar, kesemuanya daripada BOSS

Pelawan Lembut
Keseimbangan watak diimaginasikan semula. Sudut kelembutan itu dimanifestasikan oleh sifat utilitarian, mencerminkan kehalusan dalam memberontak.
Dress daripada ONITSUKA TIGER
Rantai dan subang telinga daripada CHOPARD

Bunga Berani
Definisi sarat flora atau botani tidak semestinya tentang kehalusan. Ia melambangkan autoriti, keyakinan dan tafsiran moden sesuatu kuasa.
Blaus dan skirt daripada TORY BURCH
Gelang tangan dan cincin daripada CHOPARD

Pure Disruption
Asimetri dan manipulasi pola bercantum dengan sifat ‘nirmala’ putih. Terpamer individu yang distingtif!
Dress, seluar pendek, stoking, sniker dan beg tangan, kesemuanya daripada LOUIS VUITTON

Off Guard
Helaian structured dipadankan ‘tanpa skrip’, di luar jangkaan dengan ceraian yang menerbitkan rasa bebas.
Jaket dan baju panas berhud daripada COACH
Dress daripada ALLSAINTS
Kasut but daripada MANOLO BLAHNIK
PENATAAN GAYA & ARAHAN SENI Ardi Idewani | FOTOGRAFI Her Be Yap / Rare Haus Studio | PEMBANTU PENATAAN GAYA Muzammin Muzlan & Athirah Zahra | PEMBANTU STUDIO Richy | SOLEKAN Ahmadani | DANDANAN Wayne | MODEL Thaniescha / Hijinks Models

