No need to break the bank untuk dapatkan bibir yang cantik! Anda boleh dapati banyak pilihan gincu matte di drugstore dengan kualiti setaraf jenama mewah, dan yang paling best – harganya cukup berbaloi! ELLE senaraikan 5 gincu matte terbaik yang mudah didapati dan pasti buatkan anda jatuh cinta!
Dengan warna-warna yang cantik dan tahan lama, lipstik ini bukan sahaja memberi keselesaan sepanjang hari, tetapi juga memberi impak besar pada penampilan anda! Jangan lepaskan peluang untuk cuba kesemua pilihan gincu matte ini.
1. Maybelline Super Stay Matte Ink
Maybelline SuperStay Matte Ink adalah pilihan tepat untuk lipstik matte tahan lama hingga 16 jam. Dengan aplikator berbentuk anak panah, ia memudahkan anda untuk aplikasi yang kemas dan tepat. Ditambah dengan pilihan warna yang pigmented, lipstik ini kekal cerah sepanjang hari – sempurna untuk anda yang mahukan kesan bold tanpa sentuhan semula!
2. L’Oreal Paris Color Riche Intense Volume Matte Lipstick
Lipstik Matte ini hadir dengan rekaan bullet slim yang memudahkan aplikasi tepat dan memberi warna yang intense pada bibir. Diformulasikan dengan asid hyaluronik, lipstik ini membantu menjadikan bibir tampak lebih penuh, lembut, dan sihat. Tersedia dalam 9 pilihan warna cerah yang sesuai untuk pelbagai tona kulit, lipstik ini memberi kesan yang tahan lama dan selesa sepanjang hari.
3. Sace Lady Pro Zone 24H Lasting Matte Lipstick
Mengapa Sace Lady Pro Zone 24H Lasting Matte Lipstick menjadi kegilaan ramai? Ini kerana lipstik matte ini mampu tahan lama sehingga 24 jam, menjadikan warna bibir kekal cantik tanpa pudar. Teksturnya ringan dan selesa, buat bibir rasa lembap tanpa kering. Dengan 8 warna menarik yang sesuai untuk pelbagai acara, lipstik ini juga diformulasikan dengan bahan semula jadi yang bagus untuk bibir. Yang paling best sekali, harganya juga mesra wallet!
4. Peripera Ink Mood Matte Tint
Anda mencari kelainan lipstik matte? The Ink Mood Matte Tints berikan keselesaan luar biasa dengan tekstur mousse yang lembut. Warna yang terang dan semi-sheer sesuai untuk gaya campuran atau bold. Dengan kemasan matte yang tahan lama, lip tint ini kekal segar sepanjang hari. Ia juga transfer-resistant, memastikan bibir tetap sempurna tanpa pudar atau bercapuk.
5. Essence Soft Touch Lip Mousse
Dapatkan bibir impian dengan Essence Soft Touch Lip Mousse. Dengan rona ceri yang lembut, lip mousse ini memiliki tekstur ringan seperti mousse yang sangat selesa dipakai. Ia memberikan kemasan matte yang cantik tanpa mengeringkan bibir, menjadikannya pilihan sempurna untuk penggunaan harian atau acara istimewa. Dengan formula yang selesa dan mudah digayakan, bibir anda akan kelihatan segar dan menawan sepanjang hari.