Langgan

Interpretasi Fesyen Resortcore Lokal: Cakenis

Musim bersilih ganti, begitu juga dengan fesyen. Kini, resortcore menjadi pusat perhatian, memadukan esensi kemewahan dan kesederhanaan yang menyenangkan. Berikut adalah jenama lokal, Cakenis, menyempurnakan citra mode ini!
2 minit untuk membaca
Published: December 20, 2024
Cakenis Club Collection
Koleksi Cakenis Club

Bermula dengan tudung, Cakenis kini telah mengembangkan empayarnya dengan menawarkan pelbagai produk termasuk aksesori, kosmetik, pakaian fesyen dan pakaian renang. Bersempena ulang tahun ke-9, Cakenis melancarkan koleksi eksklusif Cakenis Club sambil menegaskan komitmen utamanya terhadap keselesaan sambil memperlihatkan sentuhan kemewahan yang penuh prestij. 

  1. Apakah yang menginspirasikan anda dalam mencipta koleksi ini?

Bermula dengan koleksi pakaian renang yang sederhana mewah, kami berkeinginan untuk memperluaskan lagi rangkaian aktif kami. Saya merasakan pakaian kasual yang mengadunkan keanggunan ekuestrian masih kurang diterokai dalam pasaran tempatan. Jadi, memandangkan permintaan yang semakin meningkat di pasaran, kami memperkenalkan elemen tersebut dalam koleksi kasual Cakenis yang terbaharu.

Hanis Zalikha & Amelia Henderson
Dari kiri Amelia Henderson dan Hanis Zalikha
  1. Siapakah muse atau figura utama bagi koleksi ini?

Saya mendapat inspirasi daripada sekeliling saya, namun Tony Eusoff dan Amelia Henderson merupakan individu yang berjaya menterjemahkannya dengan sempurna melalui kempen Cakenis Club.

  1. Apa fokus utama atau perincian khusus yang anda ingin tonjolkan?

Cotton cooling blend istimewa Cakenis! Inilah yang membezakan Cakenis daripada jenama lain. Struktur materialnya mencipta siluet yang tampak mewah, terletak elok pada badan pemakai tanpa mengira jenis tubuh. Bahagian terbaiknya? Ia sesuai untuk cuaca lembap, sangat selesa dan lembut bak awan! Anda tidak akan memahami keistimewaannya sehingga anda mencubanya sendiri. Sebab itulah slogan kami ialah: ‘Experience Snug Luxury’.

Tony Eusoff
Tony Eusoff
  1. Apakah ‘behind the scene story’ yang boleh diceritakan dalam proses penghasilan?

Semasa kami sedang merakam kempen di tengah padang golf, kami semua memakai koleksi Cakenis di bawah terik matahari yang membahang. Tony kemudian berkata ‘ia tidaklah sepanas seperti yang disangkanya, terasa seperti magis’. Terima kasih kepada Tony, itulah cara yang saya gunakan untuk menggambarkan material Cakenis mulai sekarang – magic!

  1. Apakah matlamat atau impian jangka panjang di masa hadapan?

Aspirasi Cakenis sentiasa menjulang visi untuk menjadi jenama tempatan yang memiliki kualiti, estetika dan daya tarikan setanding jenama antarabangsa. Sebagai jenama kecil, kami mengambil masa untuk berkembang dan setelah sembilan tahun beroperasi, kami gembira kerana pelanggan setia masih terus menyokong. Malaysia boleh!

Seleksi Editor

Cakenis Club

Unisex Jumper Light Pink

Cakenis Club

Rallyette Chrome Bag

Cakenis Club

Stoking

Cakenis Club

Magnetic Phone Grip Maroon

*Baca artikel lengkap menerusi majalah ELLE isu Disember di pasaran. Gambar dari Cakenis.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down