Memiliki 1.6 juta pengikut di Instagram, Ameera Khan dikenali sebagai salah satu figura kecantikan dan fesyen yang amat berpengaruh di Malaysia langsung menginspirasi ramai orang di luar sana dengan gaya dan keasliannya yang cukup sempurna.
Hari ini, hari yang cukup istimewa, Ameera Khan melancarkan Baby Blush menerusi jenama kecantikannya, ellemkay. Kami anggap ini adalah langkah berani Ameera dalam menggalakkan setiap orang di luar sana untuk membina kecantikan diri secara sederhana sambil menanam keyakinan diri. Ini semangat yang kami inginkan untuk menutup tahun 2024 dan menelusuri tahun 2025 dengan semangat yang baru lebih-lebih lagi buat peminat kecantikan.
Associate Beauty Director ELLE, Amira Azman, bertemu pempengaruh digital dan kini bergelar pengusaha muda, Ameera Khan, dalam mendekati secara eksklusif disebalik bisnes terkini dan inspirasi jenamanya ini.
Ameera Khan and her new baby, ellemkay...
I love the name of your brand! Bagaimana nama ellemkay ini tercipta?
Di awal tahun 2024, saya membuat keputusan untuk tampil lebih serius, saya mahu bina jenama sendiri dan saya ingin gunakan platform saya untuk sesuatu yang baik dan berguna. Daripada situ saya hadir dengan idea mencipta ellemkay. Yang kelakarnya, sewaktu awal Januari tahun ini, dalam kepala saya masih tercatit LMK Cosmetics.
Namun, lama-kelamaan saya rasa seperti tidak mahu menggunakan nama itu, saya mahu sesuatu yang segar dan ejaannya seperti di eja. Jadi, saya tulis semua jenis nama yang boleh saya cipta. Satu hari saya berborak dengan mama bercerita tentang perancangan saya tentang jenama ini, kemudian mama terus menulis di dalam jurnalnya. Kemudian saya membaca dan melihat cara mama menulis ejaan ellemkay itu. It's cute dan saya meminta pereka grafik saya untuk trace tulisan tangan mama.
Mereka kembali dengan tulisan yang sedikit berbeza. Mereka tampil dengan tulisan yang lebih jelas dan mudah dibaca. Namun, itu bukan apa yang saya mahukan. Saya sukakan huruf 'M' yang tidak sempurna, 'L' yang sedikit berbeza, 'Y' pula dilakar dengan gayanya yang tersendiri. Yes, tidak sempurna tetapi itu yang saya mahukan, tulisan tangan mama.
Adakah Ameera merasakan yang generasi baru kini sudah mula bertukar dan lebih terarah ke pembayang pipi jenis krim dan stick berbanding jenis tradisional?
Saya tidak suka dengan tekstur bedak dan saya juga bukanlah pakar dalam menyolek wajah sendiri. Saya sukakan segalanya yang mudah dan saya sangat sukakan pemerah pipi jenis liquid dan krim, mudah dioles pada pipi tanpa perlu memakai berus solekan. Jadi, saya mahu mencipta pemerah pipi yang boleh dipakai oleh semua orang baik yang tidak tahu bersolek atau pandai bersolek. Pada saya trend kini, ramai yang sukakan packaging yang kompak, praktikal dan mudah dibawa kemana-mana, letak dalam beg tangan, kereta serta di mana sahaja. Dan saya mahu ellemkay dan trend bergerak seiring.
Dan mengapa blusher? Kenapa bukan gincu bibir dan lain-lain?
Kerana saya boleh hidup tanpa gincu bibir tetapi tidak dengan pemerah pipi. Dalam rutin mekap saya, saya pastikan untuk conceal bahagian bawah mata, rapikan kening, gulung bulu mata, sarungkan lip balm. The only colour yang saya oles pada wajah adalah pemerah pipi. Blusher adalah produk yang paling mudah untuk buat penampilan wajah nampak 'hidup'. Tidak kira anda penat, wajah nampak pucat, apabila anda menambah pemerah pipi, you'll look amazing.
Ya, jika saya harus memilih satu produk kecantikan dalam hidup saya, ia adalah pemerah pipi. Jadi, apa yang cipta harus sesuatu yang saya suka dan saya pakai setiap hari.
Apakah antara cabaran yang dihadapi sewaktu melalui proses kreatif membina jenama ellemkay?
Cabaran dalam menghasilkan kemasan buat Baby Blush. Ini kerana saya tidak mahukan pemerah pipi jenis matte kerana banyak formulasi di luar sana hadir dalam kemasan ini. Saya mahukan kemasan satin, dan untuk mencapai tekstur ini, banyak proses R&D yang perlu dilalui. Bagus kerana banyak benda yang saya belajar. Proses yang fun namun tidak dinafikan stressful. Akan tetapi, apabila sudah berjaya mencapai hasil yang diingini, saya amat berpuas hati.
Saya memilih dua warna ini untuk rangkaian Baby Blush kerana ia sesuai dengan semua jenis tona kulit. 'Darling', ronanya lebih muted dan apabila saya mencuba pada kesemua saudara-mara saya, mereka sukakan rona ini. Manakala 'Kisses' pula lebih lembut, rona rosy pink. Saya memilih kedua-dua warna ini kerana pada saya rona merah jambu lebih menarik dan sebati dengan wanita. Oleh kerana itu, rangkaian pertama ini ronanya lebih kepada palet pink.
Akan ada more colors?
Of course! Semuanya ada dalam perancangan kami. Namun, saya mahu melihat dahulu penerimaan pasaran. Lihat apa pendapat peminat kecantikan, ada apa-apa lagi yang perlu saya baiki daripada segi formula, adakah mereka mahu membelinya dan adakah mereka akan gembira dengan produk ini. Saya sangat terbuka untuk menerima apa jua maklum balas kerana saya tahu jenama saya masih baru.
Athisha pernah berkongsi dengan saya, di mana pembangunan jenamanya banyak dibantu oleh Ameera. Adakah Ameera juga mendapatkan nasihat daripada Athisha dalam membina ellemkay?
Sebenarnya saya sangat bangga dengan ellemkay, kerana daripada awal hingga ke habis, segala keputusan dibuat oleh saya sendiri dan tidak melibatkan sesiapa. Saya mahu jenama dan produk ini melambangkan identiti saya seratus peratus. Ini semua hasil usaha kerja saya, saya mahu ia ada sentuhan dan feel diri saya kecuali logo! Ya, logo memang daripada mama, tetapi idea masih daripada saya. Melainkan warna, ya, saya ada meminta pendapat daripada ahli keluarga yang lain seperti Kak Athisha, Kak Neelofa, mama, tidak ketinggalan Faliq!
Konsep kempen ellemkay?
Girly girl ballerina-ish tetapi hot haha. Saya mahukan konsep yang masih feminin tetapi di strong. Ini juga apa yang ingin saya cerminkan jenama ellemkay pada khalayak ramai, girly girl but strong.
Apa memori paling indah saat melalui proses membina jenama ellemkay ini?
Setiap langkah saya rasakan sangat memorable. Pengalaman duduk di pejabat dari awal pagi hingga ke tengah malam adalah salah satu daripadanya. Proses awal hingga ke akhir, kemudian kami shoot untuk kempen, sesi memilih gambar, boleh dikatakan saya melibatkan diri dalam setiap proses. Jadi, apabila kita buat bersungguh-sungguh, kita akan rasa puas hati. Alhamdulillah, saya sangat gembira dalam mencipta memori istimewa ini.
Kongsikan bersama kami tip dan teknik peribadi Ameera dalam memakai Baby Blush ini.
Seperti di dalam video sering saya muat naik di Instagram, cara saya memakai blusher ini amat mudah. Saya memang gemar menggunakan jari hangat dan terus sahaja layang pada pipi. Tetapi anda juga boleh mencuba teknik menggunakan berus solekan!
Boleh Ameera kongsikan gol yang ingin dicapai untuk ellemkay buat tahun-tahun yang akan datang?
Saya mahu ellemkay berjaya. Ini adalah jenama pertama saya, ia membawa nama dan wajah saya. Saya mahu Ameera Khan dan ellemkay tampil seiring dan membesar bersama. Seperti Kak Neelofa dan Naelofar, mereka kekal utuh sehingga ke hari ini selepas 10 tahun, saya juga ingin menjadi seperti itu.
Next for ellemkay?
Buat masa sekarang saya ingin fokus pada produk kecantikan, walaupun ellemkay adalah jenama lifestyle. Namun, buat masa sekarang biarlah produk-produk kecantikan terlebih dahulu. Saya ada suatu perancangan yang mengujakan saya, something yang cute, hot dan sexy tetapi saya tidak mahu bercerita lebih, it's a surprise! Walau apapun, ia masih dalam perancangan. Segalanya akan bergantung kepada penerimaan ramai terhadap produk pertama kami ini dahulu.
Siapa inspirasi cantik Ameera Khan?
Untuk saya, saya lebih mementingkan penjagaan kulit wajah daripada solekan. Wanita memiliki kulit berseri dan cantik pernah saya jumpa depan-depan adalah Hailey Bieber! Ketika itu saya sedang menikmati lunch bersama mama di L'Avenue Paris. Tiba-tiba Hailey Bieber berjalan masuk dan duduk di belakang kami menikmati lunch juga bersama teman-temannya. Hendak dijadikan cerita ketika itu, Selena Gomez juga berada di sana. Bukan itu sahaja, Ed Westwick dan isteri juga ada. Oh ya, Jennifer Garner juga! Haha. Namun, semuanya hadir berasingan. Saya memang meminati Hailey dan selepas melihat dia depan-depan, saya semakin jatuh cinta. Kulitnya sangat mulus dan berseri-seri seperti ada pantulan cermin!
Nasihat kecantikan pernah Ameera terima?
Skin care. Saya pakai face mask setiap hari. Ia mengubah hidup saya.
Untuk menamatkan temu bual ini, boleh Ameera kongsikan dengan kami, apakah definisi kecantikan pada anda?
Kecantikan pada saya paling utama sekali adalah keyakinan. Sewaktu awal di dalam industri ini, saya sangat malu dan takut-takut, akan tetapi Kak Neelofa banyak ajar dan melatih saya untuk tampil lebih berkeyakinan. Jadi, bila difikirkan kembali, jika kita menjadi diri sendiri, yakin dengan diri, we don't need to please other people dan orang boleh melihat diri kita yang sebenar, itu adalah yang paling penting. Saya juga jika bertemu dengan orang yang menjadi diri sendiri, saya automatik akan merasakan dia seorang yang cantik luar dan dalam. Tidak berpura-pura, baik dan jujur, ini adalah definisi cantik sebenar pada saya.
Tentang Baby Blush
Rangkain Baby Blush ini hadir dalam dua warna iaitu 'Kisses' dan 'Darling'. Baby Blush juga sesuai buat semua tona kulit. Memiliki formulasi hebat di mana ia hadir dengan inti pati:
- Bebas pewangi untuk pengguna dengan kulit sensitif.
- Ringan dengan tekstur seperti krim, mudah untuk diratakan pada kulit.
- Melembab, tidak melekit dan tidak berminyak.
- Tahan lama dengan masa pemakaian selepas olesan melebihi 8 jam.
- Bebas kekejaman terhadap haiwan, vegan dan bebas gluten, ia mencerminkan komitmen
ellemkay terhadap kecantikan beretika.
Baby Blush dirumus dengan bahan-bahan berkualiti tinggi, termasuk tokoferol, air, magnesium, lilin,
isononyl isononanoate, bahan kosmetik tatanama antarabangsa, polyisobutene dan banyak lagi. Setiap
inti pati ini menyumbang kepada kemasannya yang melembab dan halus.
ellemkay Baby Blush boleh didapati secara eksklusif menerusi laman ellemkay-shop.com bermula 8 Disember 2024.