Alam rekaan baju panas mengawani alam gaya wanita yang beranalog dengan rupa si heiress. Menandingi dingin, biar rasa suam menggelimuni tubuh. Kelihatannya baju-baju panas musim luruh / dingin bukan sekadar bertekstur kaitan, pilihannya beragam-ragam. Susunan ropol, berupa kemeja polo sehinggalah yang penuh litir dengan cakera mini!
Lembaran fesyen kali ini mengatur gaya-gaya baju panas musim luruh/dingin 2024 dalam 'Jurnal Seorang Heiress'! Umpama sandiwara, ruangan ini mempersembahkan helaian-helaian baju panas yang hadir dalam pelbagai siluet dan bentuk. Penggayaannya tidak lagi berteraskan sifat tipikal, sebaliknya merangka kebezaan.
Ilustrasi Amerikana
Bersahaja dalam kenyamanan helaian baju panas longgar nipis dan skirt labuh berlisu, menyalin gaya kelab desa Barat
Baju panas, skirt dan kasut but daripada BURBERRY. Baju tiub dalam dan subang telinga milik penata gaya
Tarik Perhatian
Tekstur kaitan pada baju panas berbalas perincian ekstra seperti feathers? Mengangkat ekspresi kendiri, untuk melebihi yang lain.
Baju panas daripada FENDI. Blaus bertekstur bulu daripada FERRAGAMO. Gelang tangan, cincin dan rantai leher daripada PANDORA
Pesona Prairie
Baju panas tebal yang manis rupanya bertimbal elok dengan skirt kembang yang juga manis ronanya. Diilhami oleh wanita prairie, mencomelkan lagi gaya.
Baju panas dan skirt daripada COACH. Kemeja dalam daripada TOMMY HILFIGER. Subang telinga dan cincin daripada HABIB JEWELS. Kasut but daripada LONGCHAMP
Sporty and Rich
Pastel, sporty and posh! Imej yang berteraskan kesukanan memancarkan aura hangat tubuh.
Baju panas dan seluar pendek daripada LONGCHAMP. Cincin, gelang tangan dan subang telinga daripada HABIB JEWELS
Visual Ropol
Seakan-akan mengkhayalkan kita dengan mainan ilusi penuh satu badan, bangkit kelainan dalam gaya feminin.
Baju panas, skirt, subang telinga, cincin dan kasut daripada BOTTEGA VENETA
Mute Monochromatic
Curahan putih ‘memerciki’ keunikan pada perincian cakera mini, terlihat halimun mengusik pandangan.
Baju panas, skirt, beg tangan dan kasut but daripada LOUIS VUITTON. Subang telingat daripada BOTTEGA VENETA
Neoklasik
Segalanya klasik, namun kod dibarui… saat menyarung dress baju panas dengan kot trench yang seharmoni siluet.
Dress baju panas daripada TOMMY HILFIGER. Kot trench daripada COACH. Kasut but daripada BOTTEGA VENETA. Rantai leher dan subang telinga daripada BVLGARI
Sinergisme Rona
Sapuan kontrastif antara dua rona berlainan sifat mencerminkan kebaharuan yang dalam penggayaan baju panas.
Kardigan, baju dan skirt daripada PRADA. Coker dan subang telinga daripada BVLGARI
Polo-Sintesis
Berbaju polo kait bersama slek kemas menyepertikan gaya gadis tomboi. Kemas, rapi dan nampak… sajak!
Baju polo, jaket (atas kerusi) dan seluar daripada FENDI. Kasut but daripada BOTTEGA VENETA. Beg (atas kerusi) daripada LONGCHAMP
Si Revolusioner
Terdaya mahu mengubah penampilan. Bersahaja menyatukan perbandingan sifat dalam berfesyen, menguji keberanian.
Bib berkolar kaitan dan dress jemeki daripada ONITSUKA TIGER. Baju ragbi daripada SUPERDRY. Kasut but daripada LONGCHAMP
Pengarang Pengurusan & Penataan Gaya : Ardi Idewani | Pembantu Penyelaras : Farah Sofea & Sri Azni Azran | Arahan Seni : Iera Nadzlim | Fotografi : Amani Azlin | Pembantu Studio : Saiful Azwan | Solekan : Alvin Loh | Dandanan : VV Chan menggunakan Shiseido Professional | Model : A'lliah A'kasyah | Lokasi : The Writer's Room, The Majestic Hotel KL