Raikan tahun baharu dengan perspektif segar. Hiasi diri dalam kemewahan, keanggunan dan pesona kewanitaan bak bintang yang bersinar. ELLE mempersembahkan 'Puspa Ketimuran', lembaran fesyen edisi Januari yang membuka tirai bagi tahun 2026. Ia menyulam kisah visual yang berakar daripada citra Timur, mengiringi perayaan Tahun Baharu Cina melalui tafsiran kontemporari.
Sinar Baru
Baldu kuning keemasan saling berbalas kilauan dengan sulaman rumit, memberi gambaran kemewahan. Sementara slit menambah sentuhan sensual.

Dress baldu bersulam hiasan daripada RIZMAN RUZAINI. Kasut pump satin daripada ROGER VIVIER. Subang telinga milik penata gaya
Darah Muda
Penggayaan yang menterjemahkan semangat jiwa muda penuh kreatif! Skirt bercorak tampalan bunga vintaj menyerlahkan keunikan.

Kemeja kolar bulat, kemeja polo, skirt poplin tampalan, stoking berlabuci dan kasut loafer kulit kesemuanya daripada MIU MIU. Subang telinga milik penata gaya
Pastel Dream
Ekspresif dan playful! Nuansa yang merayakan keanggunan feminin secara sepenuhnya dalam rona merah jambu lembut.


Blaus lengan reben dan skirt scallop bertingkat daripada INNAI RED. Kasut bertali tumit daripada ROGER VIVIER. Subang telinga dan gelang daripada TIFFANY & CO
Titian Cinta
Helaian hitam bertaburkan corak bunga romantik sememangnya sesuai untuk musim perayaan. Simbol gaya feminin dan elegan, apalagi dengan lapisan lembut beralun.

Dress bercorak bunga daripada DOLCE&GABBANA. Kasut pump satin daripada ROGER VIVIER. Subang telinga dan rantai daripada TIFFANY & CO.
Kontradiksi Budaya
Bercirikan cheongsam, namun menggunakan fabrikasi tradisional Melayu? Pertembungan yang mengundang rasa ingin tahu, menimbulkan kejutan tak terduga.


Blaus kolar mandarin, skirt berlipat dan jaket songket, kesemuanya daripada BEHATI. Beg daripada Ayaaya. Cincin, subang telinga dan gelang daripada TIFFANY & CO.
Romansa Abadi
Siluet kembang bagai menari lembut mengikuti rentak suasana tropika Malaysia. Mengharmonikan kedua-dua sisi keselesaan dan keanggunan.

Dress bercorak jalur, beg, kasut pump dan subang telinga, kesemuanya daripada DIOR.
Pure Intentions
Rona putih tidak pernah membosankan, terutama apabila dihiasi corak dekoratif berdimensi. Sempurnakan dengan aksesori menonjol untuk impak dramatik.

Baju tunik kait, seluar kait, beg mini labuci, subang telinga dan rantai, kesemuanya daripada CHANEL
Love Letter
Teras gaya athleisure masih kekal relevan. Padanan yang cukup bergaya, sesuai juga untuk menempuh apa jua situasi.

Blaus twil sutera, seluar sendat baldu dan subang telinga, kesemuanya daripada GUCCI
Semangat Yin
Tampak minimal namun masih memancarkan citarasa berkelas. Elemen rumbai mencipta tenaga kinetik, menambah daya tarikan secukup rasa.

Dress tunic berumbai daripada MAX MARA. Beg mini rotan dan kasut bertali tumit daripada ROGER VIVIER. Subang telinga milik penata gaya
Bisikan Harapan
Biarpun gaya yang ringkas, aksesori unik seakan menggoda pandangan. Ilusi yang memancarkan main character.

Dress bercorak bunga dan beg bucket bunga daripada KATE SPADE NEW YORK. Subang telinga milik penata gaya
Noda Merah
Di antara palet neutral yang lembut dan menenangkan, rona merah menyerlah sebagai percikan karakter yang tidak dapat diabaikan.

Baju kait kolar tinggi, skirt faux fur dan beg kepit labuci daripada LONGCHAMP. Subang telinga milik penata gaya
Penyelaras & Penataan Gaya Athirah Zahra | Dibantu Muzammin Muzlan dan Ardi Idewani | Arahan Seni Iera Nadzlim | Fotografi Edmund Lee / Hexa Production Studio | Pembantu Fotografi Zane | Solekan Ahma Dani | Dandanan Philex Chin | Model Elysia Wan / The Models Lab KL | Lokasi Nirvana Memorial Garden

