Jenama jam tangan Tissot komited dalam memberikan kerjasama baik dalam bidang sukan khususnya permotoran. Sejak tahun 2001, jenama ini telah menjadi sebahagian daripada acara MotoGP™ dan sehingga kini Tissot terus memberikan inspirasi dalam mencipta sesuatu yang cukup dinamik dan mengujakan buat semua pengunjung acara ini.
Tissot secara eksklusif membawakan pelumba Enea Bastianini di Pitstop MotoGP™. Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 sehingga 3 November yang lalu di Sepang International Circuit ini menampilkan pitstop Tissot yang boleh dikunjungi oleh semua pengunjung dengan aktiviti jualan.
Kerjasama yang terjalin lebih dua dekad ini menjadi bukti sokongan berpanjangan jenama ini yang mahu terus berkongsi keterujaan tidak hanya bersama pelanggan mereka dan penggemar sukan permotoran malah menjadi peneraju dalam memberi sokongan pada bakat pelapis sukan ini.
Acara tiga hari ini menampilkan aktiviti istimewa yang menjadi mendekatkan pengunjung dengan peranan Tissot dalam sukan permotoran. Selain aktiviti jualan turut disediakan adalah sudut permainan lumba motor dan peserta yang bertuah dengan skor tertinggi akan membawa pulang jam tangan yang disediakan pihak Tissot. Selain itu turut disiapkan satu lokasi khas memotret kenangan di MotoGP™ kali ini.
Menerusi acara ni juga Tissot memperkenalkan koleksi T-Race yang datang dengan dua edisi istimewa bersempena sambutan ulang tahun ke-75 MotoGP™. Edisi terbaru ini merupakan kesinambungan rangkaian T-Race Chronograph Quartz dan setiap pengunjung yang datang berpeluang menelusuri susur waktu dan mengenal lebih jenama ini.