Langgan

Jennie Mengeksperimentasi Warna Rambut Baharu

Penyanyi dan rapper berusia 28 tahun itu tampil dengan rambut blonde!
2 minit untuk membaca
Published: October 4, 2024

Single “Mantra”, yang bakal dilancarkan pada 11 Oktober ini, menjadi buah mulut peminat, semuanya tidak sabar menanti! Ini merupakan solo pertama Jennie di bawah Odd Atelier dengan kerjasama Columbia Records, selepas meninggalkan YG Entertainment bagi projek solonya. Walaupun topik ini masih hangat diperkatakan, Jennie sekali lagi mencuri perhatian dengan penampilannya di Paris bagi koleksi Chanel musim bunga / panas 2025.

https://www.instagram.com/p/DAlbX3IMm9O/?igsh=MXh5NXZpYnVpbWQyZQ==

Duta Channel itu hadir bersama gaya rambut blonde berbelah tengah dengan sedikit gradasi gelap di akar rambut (penampilan yang agak asing kerana biasanya Jennie berambut hitam). Jennie menggayakan sweater biru lembut berlengan panjang, seluar pendek hijau, seluar sendat hitam panjang dan rantai mutiara Chanel. Penampilan ini sangat sederhana dan klasik, meletakkan tumpuan utama pada rambutnya.

https://www.instagram.com/reel/DAjp_UEsp5i/?igsh=a2kxdGFsb21reHE=

Jangan tertipu, kerana rambut ini hanyalah rambut palsu! Saya sendiri turut tertipu kerana ia kelihatan sangat natural. Mungkin rambut blonde ini ada kaitan dengan single terbarunya kerana sejak kebelakangan ini, Jennie aktif bereksperimentasi dengan warna rambut. Ini dapat dilihat di dalam teaser ‘Mantra’, Jennie tampil dengan rambut merah jambu bersama lip ring di bibir bawah sambil menggigit buah ceri.

Akan tetapi, transformasi penampilan Jennie kali ini dianggap kurang berjaya. Ini kerana warna rambut blonde itu dianggap tidak serasi dengan ton kulitnya dan seluar pendek yang menyerupai 'panties' itu dianggap kurang sesuai. Namun begitu, gambar-gambar penampilan terbarunya itu masih dibanjiri dengan komen positif dari Blinks di media sosial. 

https://www.instagram.com/p/DAk9ZgRohxk/?igsh=MTR2dTdmbmdocGE5cQ==

Adakah selebriti-selebriti ini sudah sepakat untuk tampil blonde tahun ini? Minggu fesyen di Paris bukan sahaja memperkenalkan Jennie dengan rambut blonde, malah Kendall Jenner turut tampil di pentas peragaan dengan rambut berwarna blonde. Antara nama-nama besar lain yang sudah menyertai ‘blonde club’ tahun ini, termasuk Angelina Jolie, Kim Kardashian, Nicole Kidman dan Zendaya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down