Langgan

Eksklusif: Jisoo Kongsi Perjalanannya Bersama Tommy Hilfiger

Jisoo membawa sentuhan moden dan peribadi kepada kod klasik Tommy Hilfiger sejak dilantik sebagai Duta Jenama Global.
Oleh | TERJEMAHAN Sri Azni
3 minit untuk membaca
Published: September 8, 2025

Kini menjelang kempen keempat bersama Tommy Hilfiger, Duta Jenama Global ini membuka cerita tentang pengalaman berlakon dalam ‘The Hilfiger Racing Club’, membawa aura dan perspektif uniknya ke layar.

Foto: Sumber daripada Tommy Hilfiger

Selepas kolaborasi bersama F1: The Movie awal tahun ini, kempen terbaru Tommy Hilfiger, The Hilfiger Racing Club untuk musim luruh/sejuk 2025, mengekalkan cinta jenama ini terhadap sukan permotoran. Litar perlumbaan bukan sekadar pentas adrenalin, tetapi ruang untuk mempamerkan kemewahan bergaya dan nostalgia, dengan sentuhan klasik ‘prep’. Dalam eksklusif ELLE Singapura ini, Tommy Hilfiger dan Duta Jenama Global, Jisoo dari BLACKPINK, mengupas kempen baharu yang memikat ini.

Foto: Sumber daripada Tommy Hilfiger

Walaupun estetika sukan permotoran kembali mendapat perhatian kebelakangan ini, visi Tommy Hilfiger menekankannya dalam gaya retro Americana berbanding streetwear Y2K, mengimbau kembali knit preppy dan corak plaids yang digemari jenama ini melalui siri foto berwarna sepia. "Seharian di litar perlumbaan terasa begitu klasik dan cool. Saya memang selalu meminati rekaan kereta vintaj, setiap perincian mempunyai cerita," kata Jisoo. "Apa yang saya suka tentang kempen ini ialah bagaimana Tommy menjiwai semula acara perlumbaan klasik dengan keseronokan dan keanggunan. Masih elegan, tapi tidak terlalu serius."

Bagi Hilfiger, kempen ini adalah satu lagi cara berani dan yakin untuk jenama menembusi ruang yang tidak dijangka. "Ia sentiasa tentang hadir tanpa kompromi. Semangat itu masih menjadi nadi segala yang kami lakukan: mencipta versi prep yang terbuka, inklusif dan boleh anda definisikan sendiri," kata Hilfiger. "Kami juga bekerjasama dengan ikon budaya pop untuk menggerakkan perbualan budaya dan Jisoo adalah contoh tepat. Dia tidak mengikuti trend, dia yang menetapkannya. Pengaruhnya moden, memikat, dan sepenuhnya miliknya sendiri."

Foto: Sumber daripada Tommy Hilfiger

“Saya rasa mengekspresikan dan mencapai sesuatu dengan cara unik sendiri sentiasa menjadi apa yang membezakan Tommy," kongsi idol K-pop itu. "Terdapat kuasa dalam menembusi tradisi, bukan secara bising, tetapi dengan hadir penuh tujuan dan berinteraksi secara autentik. Apa yang saya suka ialah bagaimana kod klasik ‘prep’ boleh diolah menjadi peribadi, effortless dan segar semula."

Kempen ini adalah kolaborasi terbaru antara Jisoo dan Tommy Hilfiger sejak dia secara rasmi dilantik sebagai Duta Jenama Global pada November 2024. “Perjalanan saya bersama Tommy Hilfiger terasa begitu semula jadi kerana kami berkembang bersama dari masa ke masa. Saya begitu teruja menyertai keluarga ini dalam kempen pertama saya, dan setiap bab baru terasa seperti evolusi,” katanya. Dalam beberapa bulan sejak pelantikan itu, penyanyi-aktres ini telah menghiasi kempen Musim Luruh/Sejuk 2024, Tahun Baru 2025, dan Musim Bunga/Panas 2025, selain memperagakan rekaan khas Tommy ketika membuat persembahan di seluruh dunia, membawa perspektif baharu, terkini dan peribadi kepada kod klasik jenama itu.

Foto: Sumber daripada Tommy Hilfiger

"Jisoo adalah contoh tepat apa ertinya menjadi ikon masa kini: Yakin, bergaya dan moden. Kehadirannya memberi resonansi kepada penonton merentasi budaya dan generasi, serta membawa rasa komuniti yang kukuh dalam setiap perkara yang disentuhnya," kata Hilfiger. "Dengan kekal setia kepada dirinya sendiri, dia menginspirasikan gelombang peminat baharu untuk mengekspresikan individualiti mereka dan berhubung dengan cara yang segar serta menarik."

Foto: Sumber daripada Tommy Hilfiger

Kempen baharu ini tidak terkecuali, dengan Jisoo membawakan sentuhan pop-star yang playful kepada gaya ‘casual prep’ Tommy Hilfiger dalam setiap penampilan. "Penampilan kegemaran saya ialah top stripes dengan skirt pleated dan jaket camel," kongsi Jisoo. "Ia klasik dan playful pada masa yang sama, lembut, berstruktur dan sofistikated. Saya suka bagaimana ia menjiwai semula gaya prep dengan cara yang segar dan moden; saya berasa begitu selesa memakainya.”

*Temu bual ini telah disunting dan dipadatkan untuk kejelasan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down