Langgan

Trend Warna Rambut Paling Hot Musim Ini

*brb, making salon appointment.
1 minit untuk membaca
Published: September 30, 2024

Adakah sudah tiba masanya untuk anda book appointment untuk ke salun tapi clueless warna apa yang paling hot musim ini? ELLE tampilkan inspirasi warna rambut untuk tampil hot, hot, hot seperti Kendall Jenner, Kaia Gerber dan Chappell Roan!

NYC Blonde

Transformasi warna rambut Kendall Jenner dari brunette ke blonde membuatkan it's cool to be a blonde. NYC Blonde bukan seperti platinum blonde ataupun beach blonde, tp ia lebih subtle, dan pangkal rambut lebih gelap menjadikannya tampak effortless apabila rambut anda mulai tumbuh. Paras rambut juga memainkan peranan untuk membawakan stail warna rambut NYC Blondę, jadi pastikan rambut anda medium length untuk tampak fresh!

Espresso Brunette

Warna espresso brunette terbaik jika anda mahukan gaya rambut yang low maintenance tp masih stylish. Ia juga versatil dan sesuai jika anda mempunyai kulit sawa matang mahupun cerah, dan jika anda mahukan kelainan, tambah caramel highlights untuk beri dimensi.

Cowboy Copper

Striking, seksi dan sultry. Rona Cowboy Copper pastinya bukan untuk anda yang mempunyai personaliti pemalu, kerana ia semestinya akan menarik perhatian. Jika anda mempunyai stail peribadi yang berani dan mahukan kelainan, warna Cowboy Copper adalah pilihan yang tepat!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down