Langgan

Ikon Fesyen Terkini Chappell Roan & Gaya-Gayanya Yang Menjadi Pilihan Kami!

Chappell Roan adakah ikon fesyen generasi kini dan gaya-gayanya menjadi bualan!
2 minit untuk membaca
Published: September 26, 2024

Era akhir 2000-an (sekitar tahun 2008 ke tahun 2015), jika perkara yang dibualkan adalah tentang fesyen eksentrik, serahkan kepada Lady Gaga. Era kini, jika biji butir adalah tentang fesyen eksentrik, pelik dan ada pengaruh drag persona, serahkan kepada Chappell Roan!

Mustahil tidak jatuh hati pada Chappell Roan yang kini dikenali sedunia. Bait lirik lagunya yang berbunyi “H-O-T-T-O-G-O…. Snap and clap and touch your toes…” menjadi halwa telinga kita dan siulan semua orang dah. Apalagi baru-baru ini, Chappell menjadi tular sebaik sahaja klip dia memarahi jurugambar di VMAs 2024 kerana berlaku kasar dengannya. Chappell malah antara yang menjadi ‘berita hangat’ kerana keberanian melawan peminat-peminatnya sendiri. Terutama sekali peminat-peminat toksik, berperangai tidak senonoh dan suka membuli.  

Chappell roan
Gambar daripada Instagram Chappell Roan

Mengepal erat pula imej yang beranjak daripada kebiasaan, Chappell menempa posisinya sebagai bintang pop muzik yang unik. Artistik, agresif dan fearless adalah gambaran tepat imej Chappell. Tidak Dia mengikis rupa normal seorang bintang pop dan menggamamkan kita menerusi pesona drag yang diketengahkan olehnya. Citra campy sebegitu adalah identitinya dan kena pula dengan genre muzik pop maximalist yang dia bawa. 

Selesa dengan tubuh dan orientasinya, Chappell mengaku pesona drag umpama satu eskapisme. Persona tersebut sangat cocok dengan gambaran apa yang dialami oleh Chappell sepanjang hidup. Membesar di bandar kecil di Amerika yang agak konservatif, Chappell berkongsi bahawa pemakaian dan solekan wajahnya melambangkan cara balas terhadap pemikiran kolot tempat asalnya. Lantas, atas dasar itu, Chappell 'berpapasan arus'. Mencabar sifat konvensional. Kata Chappell dalam temu ramah bersama The Guardian“Drag is like a spa for my soul.”

Meraikan bakat serta ikon fesyen era baharu ini, ayuh kita lihat gaya-gaya 'gila' Chappell Roan yang merantai perhatian kita dan menjadi pilihan ELLE! 

Chappell roan
Chappell menggayakan Rabbane

Chappell roan
Chappell menggayakan rekaan Gunnar Deatherage
Chappell roan
Chappell membawa watak Divine!
Chappell menggayakan The Blonds
Chappell menggayakan Zana Bayne
Chappell sebagai... pemandu teksi?
Chappell menggayakan Serpenti
Chappell menggayakan Zana Bayne
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down