Saya dibesarkan dengan majalah yang sering memaparkan iklan serum Génifique daripada Lancome. Sewaktu pertama kali berpeluang mencuba serum Génifique ini, terus terdetik di dalam hati sememangnya serum ini seperti apa yang diperkatakan. Menakjubkan. Memang keberkesanannya tidak dapat disangkal.
Bermula daripada itu, saya terus setia mengikuti serum ini dan mengamalkannya dalam rutin penjagaan wajah harian saya. sudah beberapa tahun, formulasinya semakin lama semakin baik, Lancome sentiasa menghadirkan formula yang dinaiktaraf bagi memastikan serum ini kekal relevan sehingga ke hari ini.
Dalam bentuk kelalang yang lebih baru serta hadir dalam bentuk refill
Baru-baru ini mereka melancarkan Génifique yang terbaru dengan memperkenalkan revolusi terkini dalam sains pemulihan yang dipanggil Génifique Ultimate. 27 tahun kajian sains pemulihan dijalankan, formula terbaru ini kini dikuasakan oleh teknologi BetaGlucan-CM di mana Lancome telah membuktikan bahawa teknologi ini mampu meningkatkan kadar kelajuan pemulihan serta kebolehan kulit dalam merawat sendiri.
Lebih mengujakan, Génifique Ultimate ini mampu merawat kulit yang telah rosak hampir setahun dalam masa hanya satu minggu! Ia merupakan intipati 'hero' di dalam serum terbaru Lancome ini. Beta-Glucan ini turut membuktikan bahawa ia mampu membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit, mengurangkan iritasi, mengembalikan kawalan lembapan, melawan kulit kendur yang diakibatkan oleh sinar UV serta mengurangkan kedalaman kedut wajah.
Bukan sekadar BetaGlucan-CM, intipati lain yang turut terkandung di dalam serum ini adalah seperti tujuh pecahan pra dan probiotik yang mana pra membantu menyalur nutrisi microbiome, probiotik pula bekerja memberi manfaat baik pada kesihatan menyeluruh. Selain itu serum ini turut mengandungi intipati seperti asid hialuronik dan ekstrak licorice yang mana membantu memberikan lembapan optima dan menyahkan bintik-bintik hitam diwajah sambil memberikan ketenangan pada kulit.
Idola K-Pop, BamBam, Merai Pelancaran Génifique Ultimate Spaceship!
ELLE Malaysia telah dijemput secara eksklusif bagi menyertai pelancaran pop-up Lancome yang diberi nama "Génifique Ultimate Spaceship" yang berlangsung di sepanjang Orchard Road, Singapura, awal September yang lalu.
Lancome Malaysia turut menerbangkan pempengaruh digital juga selebriti tanah air seperti Jestinna Kuan, Ung Yiu Lin, Maggy Wang, Shiyo Joo, Ummi Nasir, Jenn Im dan ramai lagi.
Pop-up yang bertemakan angkasa lepas ini mengajak para pengunjung untuk menikmati dan merasai sendiri pengalaman mendekati serum terbaru Lancome yang mewakili misi jenama ini iaitu #STEPINTOTHEFUTURE. Bukan itu sahaja, lawatan kami ke sana menjadi lebih istimewa kerana pelancaran pop-up (berserta serum) ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti antarabangsa K-Pop, BamBam.