
Bangkok memesrai kedatangan tetamu-tetamu dari seluruh Asia Pasifik. Kedatangan yang berbekalkan hasrat, menyambut BamBam daripada Got7 sebagai wajah rasmi dan ikon untuk kempen Xpression Beauty!
Sebagai program rawatan untuk menolak ketuaan, PURE X mentafsirkan semula nada moden kecantikan yang tidak hanya memelihara rupa luaran, malah menggugah perasaan dalam diri. Memanfaatkan perkukuhan momentumnya di rantau Asia ini, program rawatan antipenuaan kedutan PURE X menganjurkan siding media serantau dengan tema ‘Xpression Beauty – See Me More’ di Siam Paragon, Bangkok. Lapan pasaran utama Asia pasifik diundang untuk menerokai falsafah kecantikan terbaharu PURE X.

Bambam atau Kunpimook Bhuwakul yang dilantik sebagai Icon of Xpression Beauty menampilkan dirinya buat pertama kali, setelah mewajahi kempen-kempen utama di Thailand, Malaysia, Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, Australia dan India. Kempen ini membelah pemahaman kita tentang kecantikan tradisional dan memperkenalkan standard baharu – mempertingkatkan kualiti kecantikan dan keterserlahan rupa, namun masih setia pada perasaan. Lantas, pemilihan BamBam mampu merangkul konsep ini dengan menghidupkan ia menerusi pesonanya, keyakikan dan kuasa ekspresinya.
Acara sidang media besar-besaran ‘Xpression Beauty – See Me More’ mengajak para undangan untuk menyelami konsep. Jelas Kittiwan Rattanachandr, Timbalan Presiden, Komersial Serantau Jepun, Asia Tenggara, Australia serta New Zealand untuk Merz Aesthetics Asia Pasifik, “Kami menukar dialog kecantikan daripada ‘memperbaiki’ kepada ‘penjagaan dan penghargaan’ terhadap segala kecirian yang terletak apda wajah kita.” Dalam sesi perkongsian singkat itu, Kittiwan turut menegaskan nilai kecantikan terbaik adalah membenarkan ekspresi diri ditampilkan secara semula jadi, tulen, natural, berlandaskan teras keselamatan dan pembuktian sains.
BamBam Menzahirkan Dirinya Sebenar Dengan Teknologi PURE X
Kittiwan menerangkan program rawatan antipenuaan PURE X dari Jerman ini dikuasakan oleh XTRACT TECHNOLOGY™, yang didukung lagi oleh pengalaman global lebih dua dasawarsa tanpa ada laporan mengenai kes rintangan terhadap toksin. Kepakaran rawatan ini terus dipertahankan, malah menaruh kepercayaan tinggi terhadap prpofil keselamatan yang diyakini oleh gerombolan profesional penjagaan kesihatan dan pesakit.

Bertitik tolak daripada hal itu, Kittiwan berkongsi bahawa apa yang terangkum dalam atribut BamBam adalah keserasian personalitinya dengan Xpression Beauty. Baik dirinya di atas pentas, mahupun dalam kehidupan hariannya. Bagi yang memasang niat untuk mencuba rawatan estetik, mesej yang disampaikan oleh PURE X cukup jelas. Yakni penampilan lebih menawan tidak bermakna menyingkir identiti diri, sebaliknya ia merangsang pengharagaan terhadap diri sendiri dengan penuh kesedaran.
“PURE X menzahirkan diri saya yang sebenar. Semuanya disalurkan menerusi setiap gerakan, irama dan tenaga yang saya miliki,” ujar Bambam kala di atas pentas.
Di samping itu, Pakar Perubatan Pencegahan dalam Perubatan Gaya Hidup di Samitivej Sukhumvit Hospital, Dr. Smith Arayasakul berkongsi tafsiran semula ideal dalam lapangan perubatan estetik. Berpegang kepada penanda aras bahawa kulit licin mendorong kepada kobaran setiap perasaan. Apalagi rawatannya berevolusi. Hasil ideal yang ingin dicapai adalah kulit licin tanpa ada garis kedutan, seraya tidak mengekang gerakan pada wajah dalam berekspresi emosi. “Keseimbangan halus ini adalah berkaitan dengan kualiti serta kepersisan formulasi yang memenuhi piawaian tinggi,” jelas Dr. Smith.

Galakan yang didorong oleh Dr. Smith adalah perubahan dalam pendekatan konsultasi klinikal – daripada menumpukan kepada bahagian yang perlu diperbetulkan kepada mengutamakan identiti unik wajah yang wajar dikekalkan.
Untuk merealisasikan falsafah ini, Dujdao Vadhanapakorn, Pengasas dan Pakar Psikoterapi di SOULSMITH menampilkan Xpression Analysis Tool yang membantu mengenal pasti ekspresi emosi dalam mencerminkan perwatakan sebenar. Teras falsafah ini adalah psikologi Self-Concept yang membabitkan penilaian interaktif, untuk memperlihatkan arketaip bertenaga seperti The Spark atau bersifat penyayang seperti The Heart.
Melangkaui sempadan penerokaan kendiri, ia malah berfungsi sebagai penghubung kepraktisan di klinik dan menjambatani keperluan pesakit dengan pengamal perubatan. Lantas, memudahkan perangkaan rawatan yang bersesuaian dan lebih mampan. ‘Xpression Beauty – See More Me’ menetapkan standard baharu: memperkasakan setiap individu untuk menghargai kecantikan yang mencerminkan kejatian diri.


