Langgan

Sensatia Botanicals, Solusi Kecantikan Holistik Generasi Kini

Rangkaian kecantikan terbaik yang mesti dimiliki!
3 minit untuk membaca
Published: September 18, 2024

Mengetengahkan rumusan semula jadi dan halal dalam semua produk kecantikan, Sensatia Botanicals adalah sebuah jenama yang perlu diberi perhatian di dalam industri kecantikan lokal hari ini. Mula ditubuhkan pada tahun 2000, jenama ini menekankan kepentingan menjana keafiatan baik daripada segi luaran ataupun dalaman. 

Dibawakan khas oleh The Melium Group, jenama Sensatia Botanicals kini membuka butik pertamanya di The Exchange TRX, membolehkan semua peminat kecantikan berkumpul dan mendekati jenama ini dengan lebih dekat lagi. 

Lebih menarik, Sensatia Botanicals menyediakan rangkaian produk yang seiring dan menepati semua jenis kulit seperti sensitif, berjerawat, begitu juga rangkaian penjagaan tubuh, wangian, produk lelaki, ibu juga anak. 

Setiap produk dipilih susun dengan intipati asal Bali dan sekitar wilayahnya menjadikan ia sebuah jenama yang cukup tulen dan teliti dalam setiap pembuatannya. Amat mementingkan kelestarian alam sekitar, Sensatia Botanicals turut hadir dengan formulasi bebas kimia bahaya, pewarna sintetik dan haruman tiruan.  

Menurut Michael Lorenti, Pengasas juga Ketua Pegawai Eksekutif Sensatia Botanicals, 

“Di Sensatia Botanicals, kami berdedikasi dalam menghasilkan kosmetik bersih yang bukan sahaja berkesan, malah mesra alam. Komitmen kami untuk hanya menggunakan bahan semula jadi yang tidak berbahaya dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan pelanggan kami sambil menghormati alam sekitar."

Turut berkongsi, Dato’ Sri Dr Farah Khan, Presiden dan Pengasas Melium Group,

"The Melium Group berasa teruja untuk membawa jenama yang luar biasa namun berwawasan ini kepada pengguna Malaysia yang menghargai kualiti serta kelestarian. Produk Sensatia Botanicals telah menjadi keperluan isi rumah langsung membawa saya ke pantai Bali."

Temu Bual Bersama Michael Lorenti, Pengasas juga Ketua Pegawai Eksekutif Sensatia Botanicals

Sensatia Botanicals

1. Bagaimana Sensatia Botanicals membezakan diri dalam pasaran penjagaan kulit yang melambak, terutama dari segi nilai dan penawaran produknya?

Di Sensatia Botanicals, kami amat berbeza dari segi komitmen kami terhadap penggunaan bahan semula jadi berkualiti tinggi dan kelestariannya. Asal-usul Bali mendorong kami untuk mengamalkan kaedah mesra alam bersama buruh yang beretika yang secara langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti tempatan. Kami menawarkan produk inovatif yang menggabungkan kebijaksanaan botani tradisional Indonesia dengan sains penjagaan kulit moden langsung menghasilkan formulasi unik yang digemari oleh pelanggan kami. Selain itu, pelbagai pensijilan yang dimiliki mengukuhkan lagi dedikasi kami untuk mengekalkan piawaian tinggi. Kisah jenama kami yang autentik, disertai lagi pengalaman pelanggan yang luar biasa, benar-benar membezakan kami sebagai peneraju dalam penjagaan kulit yang mesra alam dan bertanggungjawab secara sosial.

2. Boleh namakan beberapa intipati utama atau formulasi yang menjadikan produk Sensatia Botanicals unik dan berkesan?

Apabila menghasilkan rangkaian baru, pasukan penyelidikan & pembangunan kami akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan utama yang dipilih khusus untuk mencapai kesan yang diinginkan. Beberapa bahan kegemaran peribadi saya ada terdapat dalam rangkaian koleksi penjagaan kulit Seastem Marine dan sudah tentu, koleksi penjagaan lelaki yang baru dilancarkan. Bahan utama yang saya gemar ialah Giant Sea Kelp. Ia merupakan salah satu organisme yang tumbuh paling cepat di planet ini. Ia amat masuk akal bahawa bahan yang sangat cepat dalam proses pertumbuhan semula ini kita gunakan di dalam koleksi anti-penuaan kerana kulit yang memperbaharui dirinya dengan cepat akan kelihatan lebih muda. Rangkaian ini juga menggunakan sel stem tumbuhan edelweis dalam meningkatkan kesan anti-penuaan dengan lebih berkesan. Dalam siri penjagaan lelaki pula, saya suka kesemuanya kerana ia adalah koleksi produk penjagaan yang paling diperlukan oleh lelaki. Tidak ketinggalan, aroma halia merah dan Blood Orange yang maskulin mampu memberikan ketenangan dalam pada masa yang sama. 

3. The Melium Group melancarkan Sensatia Botanicals di Malaysia di The Exchange TRX juga IOI City Mall dan bakal membuka lebih banyak cawangan yang akan datang. Apa yang paling menggembirakan anda tentang kerjasama ini dan pengembangan ke pasaran Malaysia?

The Melium Group telah menjadi retailer yang dipercayai di Malaysia selama lebih dari 35 tahun. Dalam tahun-tahun tersebut mereka lebih bertumpu kepada kolaborasi bersama jenama fesyen mewah seluruh dunia. Jadi, bagi kami sangat menggembirakan apabila The Melium Group mengiktiraf potensi Sensatia Botanicals untuk berkembang di pasaran Malaysia. Terdapat perasaan prestij yang tidak dapat dinafikan dalam bekerjasama dengan mereka dan kami gembira untuk berada di antara portfolio jenama mereka yang luar biasa. Kami berharap untuk kejayaan berterusan bersama dalam berkongsi produk semula jadi Sensatia Botanicals yang hebat dengan Malaysia.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down