Langgan

ELLE Creative Council - Anisa Abdullah

Seni kolaj menjadi medium ekspresi seninya.
2 minit untuk membaca
Published: November 13, 2026
Anisa Abdullah menggayakan kemeja dan skrit daripada Fuza by Fuzana Mokhtaza.

Seni kolaj baginya adalah sebuah fragmen seni yang dibentuk daripada kepingan memori yang memiliki keindahan tersendiri. Anisa Abdullah percaya seni adalah sebahagian kehidupan manusia.

ADAKAH APA YANG ANDA LAKUKAN HARI INI SEBAHAGIAN DARIPADA IMPIAN MASA KECIL?

Ketika saya kecil saya tidak pernah membayangkan yang saya akan menjadi seorang artis. Apa yang saya ingat saya suka melukis, mewarna dan mencipta sesuatu dan Alhamdulillah hari ini saya masih melakukan perkara yang sama dan menjadi karier saya hari ini. 

HAL TERBAIK TENTANG KERJAYA ANDA?

Bagi saya seni itu tanpa disedari menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sebagai manusia. Hidup kita sendiri dikelilingi warna, bentuk dan sifat yang berbeza di mana pun kita berada. Seni menjadi sebuah medium ekspresi daripada hati yang membentuk satu kreativiti. Proses dalam kerja seni kolaj itu sendiri sudah cukup menarik bagi saya kerana ia dicipta daripada potongan material berbeza yang mencipta satu naratif.

BILA ANDA YAKIN INI MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN? 

Saya realize ia menjadi sesuatu yang saya mahu lakukan sebagai kerjaya setelah saya tamat belajar. Proses memahami seni itu mencipta minat yang membuatkan saya mahu mendalaminya. Datang sau keinginan untuk melihat hasil seni saya ke tahap yang lebih baik dan berkongsi dengan semua orang. 

PROSES KREATIF

Bermula dengan mengumpul potongan kertas daripada medium berbeza. Ia satu proses panjang sebelum ia menjadi satu karya lengkap yang membentuk satu sifat seni yang terangkum dalam warna dan cerita yang membentuk satu hasil seni.  

CABARAN

Sebagai artis saya kira cabaran terbesar adalah untuk mengekalkan momentum seiring waktu berjalan. Untuk kekal pada identiti dalam membentuk karya seni dengan cabaran masa serta teknikal yang ada. 

PENGARUH

Karya seni Leonardo da Vincci iaitu ‘The Last Supper’ menjadi inspirasi saya dalam memahami komposisi, emosi dan naratif dalam penghasilan karya seni. Andy Warhol dengan warna-warnanya mengubah landskap seni saya begitu juga Frida Kahlo. Selain itu beberapa artis Malaysia seperti Jailani Abu Hassan, Awang Damit dan Dato’ Lat mendekatkan saya dengan budaya tempatan. 

OBSESI TERKINI

Memahami juga mendekati sustainable art dan bereksperimen dengan fabrik seperti denim. Saya juga berharap agar dengan kerja seni ini dapat membuka ruang kolaborasi dengan institusi seni, muzium dan badan korporat yang lain.  


Editor Rencana: Hafizan Mohd 
Fotografi: Edmund Lee (HEXA Studio)
Arahan Seni: Nabihah Nizam
Penataan Gaya: Athirah Zahra
Solekan: Razzi Musa dan Sahir Sabri 
Dandanan: Yusof Ruzaimi dan HairbyLala 
Pelatih Amali: Nur Zulaikha Najwa

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down