
‘Kudrat 1968: High Council’ menjadi tumpuan dan minda kreatif di sebaliknya ialah seorang wanita yang sentiasa mahu mencabar kreativiti dan daya berfikir dalam berkarya. Zulaikha Zakaria muncul dalam dunia sinema yang didominasi kebanyakan lelaki hari ini.
ADAKAH APA YANG ANDA LAKUKAN HARI INI SEBAHAGIAN DARIPADA IMPIAN MASA KECIL?
Boleh dikatakan begitu. Saya seorang yang mudah terkesan dengan apa yang lihat dan lalui. Hal ini yang membentuk diri dan pemikiran saya secara tidak sedar. Saya pernah bercita-cita menjadi seorang peguam kerana mahu menjadi wakilan suara pada yang tidak mampu bersuara menegakkan hak mereka. Namun seiring kedewasaan, kecenderungan itu beralih kepada story telling yang saya temui dalam dunia sinema. Saya percaya naskhah filem mampu mentafsir perspektif tentang satu-satu perkara.
HAL TERBAIK TENTANG KERJAYA ANDA?
Setiap projek menawarkan pengalaman berbeza. As a writer and director, saya perlu sentiasa belajar benda baru menerusi research, bahan bacaan dan menjadikan filem-filem lain sebagai bahan rujukan. Daripada situ saya dapat meneroka idea baru bagi projek berbeza.
BILA ANDA YAKIN INI MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN?
Ketika pertama kali menyertai program ‘Writer’s Room’ pada tahun 2015. Dikelilingi ramai penulis berpengalaman membuatkan saya menemukan sesuatu yang istimewa tentang proses story telling. Cara mereka meneroka topik, tema sehingga membina karakter. Ia proses yang terhasil daripada pengamatan dan pengalaman yang membentuk satu cerita yang lengkap. Momen yang membuat saya menghargai magis dalam penceritaan.

PROSES KREATIF
Saya biasa bekerja dalam situasi yang tak berapa ideal dengan masa yang terhad dan tekanan yang tinggi. Kebiasannya saya akan mulakan dengan mengenal pasti deadlines dan deliverables. Tapi soalan pertama yang saya selalu tanyakan adalah, “What do I want to say?” For me, creative work is not just about delivering a project, but understanding what I want to communicate and how I want the audience to feel. Setelah itu barulah saya fikirkan cara terbaik untuk menzahirkan idea tersebut.
CABARAN
Bagi saya adalah mencari keseimbangan antara being realistic dengan membenarkan diri saya untuk terus berangan. As a creative person, saya selalu ada idea dan visi untuk explore tapi pada masa yang sama saya kena sedar tentang limitations seperti bajet, masa dan resources. Finding that middle ground is challenging tapi saya rasa di situlah kreativiti memainkan peranan bagaimana kita nak jadikan sesuatu yang nampak mustahil itu, possible.
PENGARUH
I’ve always been drawn to stories, people, and things that make me feel something or look at the world differently. Kadang-kadang ia datang daripada naskhah filem, muzik dan pengamatan dunia luar. Ibu saya juga menjadi individu penting dalam memberi pengaruh besar. I’m always absorbing things around me, consciously or unconsciously. I guess that’s what I love about art and pop culture. You never really know what will stay with you or inspire you until it does.
OBSESI TERKINI
Anak lelaki saya yang berusia enam tahun. I love how he grounds me. No matter how chaotic life gets, he has a way of bringing me back to what really matters. Dia mengingatkan saya untuk lebih menghargai hal-hal kecil dalam hidup.
Editor Rencana: Hafizan Mohd
Fotografi: Edmund Lee (HEXA Studio)
Arahan Seni: Nabihah Nizam
Penataan Gaya: Athirah Zahra
Solekan: Razzi Musa dan Sahir Sabri
Dandanan: Yusof Ruzaimi dan HairbyLala
Pelatih Amali: Nur Zulaikha Najwa

