Langgan

ELLE Creative Council - M. Shaffuan

Dalam persembahan visual yang cukup puitis, M. Shaffuan membuktikan keupayaan.
1 minit untuk membaca
Published: November 13, 2026
M. Shffuan menggayakan jaket dan seluar daripada COS dan kemeja Urban Revivo.

Teras pada sebuah imaginasi menciptakan seni visual yang memukau di tangan M. Shaffuan. Hari ini bakatnya semakin diraikan dan bakal menjadi pelapis bidang perfileman yang mampu memberi persaingan sihat.

ADAKAH APA YANG ANDA LAKUKAN HARI INI SEBAHAGIAN DARIPADA IMPIAN MASA KECIL?

Ya, kerana minat terhadap penceritaan dan visual telah berkembang menjadi kerjaya yang saya cintai hari ini.

HAL TERBAIK TENTANG KERJAYA ANDA?

Saya boleh mengambil idea yang abstrak dan mengubahnya menjadi sesuatu yang boleh dilihat, dirasai dan dialami oleh orang lain.

BILA ANDA YAKIN INI MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA APA YANG ANDA MAHU LAKUKAN? 

Apabila saya mula melihat bagaimana idea dan cerita yang saya bayangkan boleh menjadi realiti melalui kerja kamera dan olahan dalam pengarahan.

PROSES KREATIF

Saya bermula dengan memahami jalan cerita dan emosi yang ingin disampaikan. Kemudian daripada situ saya cuba meneroka idea visual, muzik dan pergerakan untuk membentuk sebuah produk visual yang lengkap.

CABARAN

Cabaran terbesar adalah mencari cara terbaik menterjemahkan idea menjadi realiti. Pada masa yang sama memastikan visi kreatif itu kekal terutama sekali apabila berdepan dengan kekangan seperti masa.

PENGARUH

Saya banyak mendapat inspirasi daripada pengarah filem, video muzik dan karya seni visual yang berani bereksperimen serta mempunyai identiti tersendiri.

OBSESI TERKINI

Meneroka cara baru dalam menyampaikan cerita melalui visual, teknologi dan pengalaman seharian sebagai manusia.


Editor Rencana: Hafizan Mohd 
Fotografi: Edmund Lee (HEXA Studio)
Arahan Seni: Nabihah Nizam
Penataan Gaya: Athirah Zahra
Solekan: Razzi Musa dan Sahir Sabri 
Dandanan: Yusof Ruzaimi dan HairbyLala 
Pelatih Amali: Nur Zulaikha Najwa

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down