Langgan

#ELLEManjaDiri Dengan Sesi Rapi Kening Di Butik Shu Uemura

Antara rutin kecantikan yang sering menjadi pilihan untuk memanjakan diri ialah sesi rapi kening atau brow grooming.
3 minit untuk membaca
Published: October 29, 2026

Antara rutin kecantikan yang sering menjadi pilihan untuk memanjakan diri ialah sesi rapi kening atau brow grooming. Walaupun tidak semestinya dilakukan setiap bulan, kening merupakan antara bahagian wajah yang perlu diberi perhatian agar sentiasa kemas dan terjaga, terutamanya bagi anda yang mementingkan penampilan diri.

Ada yang memilih untuk mencukur, waxing atau threading, manakala sesetengahnya lebih selesa mencabut helaian bulu kening satu demi satu menggunakan tweezer. Apa jua kaedah pilihan anda, mendapatkan bentuk kening yang kemas dan sesuai dengan wajah pastinya dapat menyerlahkan penampilan secara keseluruhan.

Dalam kesibukan mengimbangi kerjaya dan kehidupan seharian, wanita masa kini pastinya menghargai servis kecantikan yang praktikal, mudah dan menjimatkan masa. Jadi, dalam pelbagai tempat yang menawarkan servis merapikan kening, pernahkah anda mencuba pengalaman merapikan kening di butik Shu Uemura?

Dikenali dengan kepakaran dalam dunia solekan dan kecantikan, Shu Uemura turut menawarkan pengalaman penjagaan kening buat mereka yang ingin memastikan kening sentiasa kemas dan terurus. Bagi saya, merapikan kening bukan sekadar membuang helaian bulu yang tumbuh di luar bentuk asal, tetapi juga tentang bagaimana bentuk kening dapat melengkapi struktur wajah dan menyerlahkan penampilan secara keseluruhan.

Apa yang menarik tentang servis brow grooming ialah perhatian terhadap perincian. Bentuk kening yang sesuai tidak semestinya perlu terlalu nipis atau dibentuk dengan begitu ketara. Sebaliknya, mengekalkan bentuk semula jadi kening sambil merapikan bahagian yang tidak diperlukan boleh memberikan penampilan yang lebih kemas tanpa mengubah karakter wajah. Itu apa yang sering saya dengar setiap kali melakukan proses merapi kening ini.

Pengalaman Merapi Kening di Shu Uemura

Tetapi yang menariknya di butik SHu Uemura ini, anda bukan sahaja sekadar menikmati sesi rapi kening tetapi juga menerusi konsultasi struktur wajah, anda dapat mempelajari teknik lain seperti teknik layangan pembayang pipi di bahagian wajah tertentu mengikut proporsi wajah anda. Selain daripada itu, pakar kecantikan di butik Shu Uemura turut mengajar cara terbaik untuk melakar pewarna kening serta penggaris mata berdasarkan kedudukan dan bentuk kening. Pengalaman ini tidak semestinya dapat dilihat di servis rapi kening di tempat yang lain.

Jika anda juga sedang mencari cara untuk mengekalkan bentuk kening agar sentiasa kemas, mungkin sudah tiba masanya untuk meneroka servis brow grooming yang ditawarkan di butik Shu Uemura. Apa yang pasti, kening mungkin hanya satu bahagian kecil pada wajah, tetapi penjagaannya boleh memberikan perbezaan yang cukup bermakna dalam rutin kecantikan harian.

Produk Shu Uemura Terbaru Pilihan ELLE

brow grooming

The most loved pencil in Asia adalah pensel kening daripada Shu Uemura! Kini tampil dengan evolusi terbaharunya menerusi Hard Formula Hard 10 Pencil, yang direka dengan teliti menggunakan teknologi pengaktifan minyak termaju untuk menghasilkan sapuan yang lancar tanpa usaha, warna yang pekat dan menyerlah, serta ketahanan sehingga 36 jam tanpa pemindahan warna. Inovasi ini menggabungkan seni solekan profesional Jepun dengan teknologi berprestasi tinggi.

Dilengkapi kompleks lilin keras tahan suhu sehingga 50°C, gabungan lilin beras yang menyuburkan dan minyak jojoba, serta pigmen bersalut yang serasi dengan kulit, pensel ini menawarkan ketahanan terhadap peluh dan sebum serta lekatan teguh pada kulit untuk ekspresi solekan tanpa batasan.

Untuk menghasilkan penampilan semula jadi seakan helaian bulu kening sebenar, formula ikonik ini dibentuk menggunakan teknik asahan Naginata yang tersendiri sehingga menghasilkan bilah ketepatan setipis 0.1 mm, sekali gus membolehkan setiap sapuan halus dilukis dengan mudah untuk menyerupai bulu kening semula jadi.

Direka untuk ekspresi tanpa batasan, pensel ini menawarkan 13 pilihan rona yang serasi dengan tona kulit Asia, merangkumi 7 rona semula jadi dan 6 rona menyerlah. Anda boleh bawa pensel Hard 10 anda ke mana-mana butik Shu Uemura dan jurusolek kecantikan kami akan mengasahnya dengan teliti menggunakan teknik asahan Naginata klasik untuk menghasilkan bilah yang ikonik.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down