Langgan

15 Jenis Sunscreeen Untuk Pelbagai Jenis Kulit & Cara Pemakaian Yang Betul

Jangan tinggalkan rumah tanpa memakai sunscreen, okey!
2 minit untuk membaca
Published: August 22, 2024
Freya Dalgaard (Ford Models) fotografi oleh Jeremy Choh untuk ELLE Indonesia Oktober 2023 - penata gaya Virginia Ray; teks oleh Rafelya Salkia
Shiseido Ultimate Sun Protector Lotion
Kérastase Soleil Huile Sirene
Supergroup (Re)setting 100% Mineral Powder Broad Spectrum Sunscreen SPF 35
La Roche-Posay Anthelios Clear Skin Sunscreen Dry Touch SPF 60

Cuaca di Malaysia sangat panas dan berbahang kebelakangan ini. Oleh itu, sunscreen sudah menjadi produk penting dalam rutin perawatan kulit kita, terutama sekali golongan yang terdedah kepada terik mentari agar kekal terlindung daripada sinar UVA dan UVB. 

Pada umumnya, kesemua sunscreen mengandungi SPF (Sun Protection Factor) yang melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Namun, memilih sunscreen yang bersesuaian dengan jenis kulit adalah sangat penting. Misalnya, untuk kulit berminyak - pilihlah sunscreen bertekstur gel atau cair yang memberikan kesan matte. Jika kulit anda cenderung berjerawat, sebaiknya gunakan sunscreen yang bersifat non-comedogenic agar liang pori tidak mudah tersumbat.

Kebanyakkan orang beranggapan bahawa sunscreen hanya diperlukan saat beraktiviti outdoor, tapi apa yang ramai tak tahu sebenarnya sinaran UVA dan UVB mampu menembusi cermin dan tingkap. Jadi, jangan skip sunscreen walaupun anda berada di dalam rumah mahupun pejabat.

Penggunaan sunscreen secara rutin juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti bintik hitam, garis halus, kedutan serta meratakan tona kulit. Paling penting, ia mampu melindungi kulit daripada risiko kanser serta mampu memelihara kelembapan kulit agar kekal sihat.

Cara pemakaian sunscreen

Menurut Nour Dayeh, Medical Communications Manager di La Roche-Posay dan Dermablend yang dipetik ELLE Canada - penting untuk menggunakan sunscreen sebanyak dua ruas jari atau sebanyak setengah sudu teh, untuk melindungi wajah dan leher. Sementara itu, untuk tubuh yang juga memerlukan perlindungan, gunakan sekitar 30ml sunscreen secara merata pada kawasan yang terdedah seperti lengan dan kaki.

Sekiranya anda mulai mengalami penipisan rambut yang membuat kulit kepala lebih terdedah kepada sinar matahari, anda juga disarankan untuk meratakan sunscreen di bahagian kulit kepala. Untuk memudahkan aplikasi di bahagian kulit kepala, anda boleh memilih sunscreen dalam bentuk spray sebagai alternatif.

Jangan lupa untuk mengulang pakai sunscreen setiap dua hingga tiga jam dan pastikan setiap aplikasi adalah sekitar 15 minit sebelum beraktiviti di kawasan terbuka agar ianya dapat meresap dengan baik.  Pro tip, jangan biasakan untuk menggosok sunscreen dengan kasar pada kulit kerana ia boleh mengurangkan keberkesanannya.

Dengan pelbagai jenis sunscreen - berasaskan kimia atau mineral, dalam bentul gel atau spray yang mudah ditemukan di pasaran kini anda mungkin masih keliru untuk membuat pilihan. Oleh itu, ELLE menyediakan beberapa panduan yang lebih lanjut tentang pemilihan sunscreen mengikut keperluan kulit anda. Untuk memudahkan anda, ELLE juga menyediakan beberapa pilihan sunscreen menerusi galeri gambar di atas.

Oleh ELLE Indonesia

Fotografi oleh Jeremy Choh

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down