Langgan

Di Sebalik CLUB 66: Cara Onitsuka Tiger Membawa Golf Ke Dalam Dunia Fesyen & Gaya Hidup

Golf bukan lagi sekadar tentang fairway dan scorecard. Menerusi CLUB 66 di Málaga, Onitsuka Tiger meneroka sisi baharu golf yang mempertemukan prestasi, gaya, travel dan seni menikmati kehidupan.
3 minit untuk membaca
Published: September 3, 2026

Di bawah matahari Mediterranean di Málaga, Sepanyol, Onitsuka Tiger membawa perspektif baharu kepada dunia golf menerusi CLUB 66, sebuah pengalaman dua hari yang meraikan pertemuan antara sukan, fesyen dan gaya hidup.

Bertempat di Finca Cortesin, antara resort golf mewah yang terkenal di dunia, suasananya cukup jauh daripada stereotaip golf yang formal. Di sini, permainan hanyalah sebahagian daripada cerita. Selebihnya adalah tentang apa yang berlaku di sekelilingnya—gaya yang dibawa ke padang, perbualan selepas permainan, masa yang dihabiskan di bawah matahari dan bagaimana sebuah sukan boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup.

Golf, Cara Onitsuka Tiger

CLUB 66 menjadi pentas untuk memperkenalkan MEXICO 66™ GOLF, kasut golf berprestasi pertama daripada Onitsuka Tiger.

Mengambil inspirasi daripada siluet ikonik MEXICO 66™, versi terbaharu ini mengekalkan karakter klasik yang menjadikan kasut tersebut mudah dikenali, sambil memperkenalkan elemen yang diperlukan untuk pergerakan dan kestabilan di padang golf.

Namun, apa yang menjadikan pendekatan Onitsuka Tiger lebih menarik ialah cara jenama ini enggan melihat kasut tersebut hanya sebagai peralatan sukan.

MEXICO 66™ GOLF direka untuk bergerak bersama gaya hidup moden—daripada padang golf ke clubhouse, dan terus ke destinasi seterusnya. Ia mencerminkan perubahan cara kita berpakaian hari ini, apabila sempadan antara pakaian berfungsi dan fesyen semakin kabur.

Apabila Padang Golf Menjadi Ruang Untuk Personal Style

Menghidupkan visi tersebut ialah barisan tetamu dari pelbagai latar kreatif dan budaya. Antaranya aktor Thailand Dew Jirawat, pemuzik British Lennon Gallagher, model serta pengarah kreatif Sepanyol Gala González dan pelakon India Sreeleela. Setiap seorang membawa interpretasi tersendiri terhadap MEXICO 66™ GOLF, membuktikan bahawa kasut berprestasi tidak semestinya perlu hadir dalam satu definisi gaya yang sama.

Di sinilah terletaknya DNA Onitsuka Tiger. Atletik, tetapi tidak terlalu teknikal. Bergaya, tanpa kehilangan fungsi. Klasik, namun sentiasa terbuka kepada interpretasi baharu.

Padang golf di Finca Cortesin menjadi lebih daripada sekadar tempat bermain. Ia bertukar menjadi latar untuk melihat bagaimana gaya peribadi boleh bergerak seiring dengan aktiviti fizikal dengan cara yang terasa lebih santai, kontemporari dan relevan dengan generasi hari ini.

Lebih Daripada Sekadar Permainan

Para tetamu berpeluang merasai sendiri keselesaan, kestabilan dan fungsi MEXICO 66™ GOLF di padang. Tetapi pengalaman itu tidak berhenti apabila permainan selesai.

Di antara sesi di padang, suasana beralih ke tepi kolam, diiringi hidangan Sepanyol dan perbualan santai di bawah matahari Mediterranean. Ia menjadi gambaran kepada satu cara menikmati sukan yang lebih perlahan di mana masa selepas permainan sama pentingnya dengan permainan itu sendiri.

Perjalanan dua hari tersebut kemudian ditutup dengan makan malam di tepi pantai. Ketika matahari perlahan-lahan menghilang di sebalik horizon dan muzik tempatan memenuhi ruang, malam itu menjadi penamat yang cukup tepat untuk pengalaman yang dibina atas lebih daripada sekadar golf.

Melangkaui Fairway

Menerusi CLUB 66, Onitsuka Tiger seolah-olah mengajak kita melihat semula apa yang boleh ditawarkan oleh dunia golf. Ia bukan hanya tentang markah atau berapa banyak pukulan yang diperlukan untuk menamatkan permainan. Ia juga tentang perjalanan, tempat yang kita kunjungi, orang yang ditemui dan gaya yang dibawa bersama.

Dengan meletakkan MEXICO 66™ GOLF di tengah-tengah pertemuan antara fesyen, sukan, makanan dan leisure, Onitsuka Tiger memperlihatkan bagaimana dunia performance wear kini semakin berkembang.

Hari ini, kasut sukan tidak hanya direka untuk satu destinasi. Ia perlu bergerak bersama kehidupan daripada satu ruang ke ruang yang lain, daripada aktiviti ke aktiviti seterusnya.

Dan mungkin itulah visi baharu golf yang ingin dibawa oleh Onitsuka Tiger: sebuah permainan yang tidak lagi terhad kepada fairway, tetapi menjadi sebahagian daripada cara kita bergerak, berpakaian dan menikmati kehidupan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down