Langgan

Kredibiliti Zizan Razak & Bold Camo Yang Baru

'Bold Camo' bernadi sebagai jam tangan gaya hidup yang menonjolkan keperibadian berbeza dalam mentafsir sesebuah generasi. Siri terbaru ini direka dengan elemen fesyen jalanan menggabungkan corak camouflage dengan kemasan matte dengan sentuhan rona emas. Koleksi ini mengangkat definisi ketahanan yang cukup sinonim dengan G-SHOCK sebagai pernyataan keberanian dan pada masa yang sama membentuk identiti tersendiri. […]
1 minit untuk membaca
Published: August 12, 2026

'Bold Camo' bernadi sebagai jam tangan gaya hidup yang menonjolkan keperibadian berbeza dalam mentafsir sesebuah generasi. Siri terbaru ini direka dengan elemen fesyen jalanan menggabungkan corak camouflage dengan kemasan matte dengan sentuhan rona emas.

Koleksi ini mengangkat definisi ketahanan yang cukup sinonim dengan G-SHOCK sebagai pernyataan keberanian dan pada masa yang sama membentuk identiti tersendiri. Menampilkan reka bentuk semula logo serta penunjuk fungsi pada dail, siri 'Bold Camo' memberikan penampilan yang segar dan moden kepada siluet paling ikonik jenama ini.

Ciri utama koleksi ini adalah corak camouflage eksklusif G-SHOCK yang menyembunyikan secara kreatif simbol ikonik jenama iaitu “G-mark”. Corak unik ini diaplikasikan pada model ini menerusi penggunaan teknik pembuatan dan percetakan kini, sekali gus menghasilkan estetika yang lebih premium dan eksklusif.

Siri ini dibentuk dalam enam model utama menampilkan bezel keluli tahan karat dengan kemasan ion plating berwarna. Melengkapkan penciptaan serta ukiran laser separa yang membentuk corak penyamaran camouflage jam tangan ini yang dipadankan sempurna bersama tali urethane bercetak. Ia menciptakan penampilan yang berani, moden dan penuh karakter.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down