
Gambar ihsan Afuza Sam
Dalam kalangan gambar-gambar yang dikenang mesra oleh Afuza Sam adalah gambar yang diambil ketika senjakala di Times Square, New York. Dari kecil lagi Afuza membesar dari bandar ke bandar, mengikut kerjaya bapanya tetapi kota New York telah menawan hatinya. Masih muda, penuh tenaga, dan melihat mainan cahaya di atas bangunan dan landskap ikonik bandar itu membangunkan minatnya dalam fotografi. Dia menghuraikan pengalamannya sebagai sesuatu yang autentik dan magical malah berhasrat untuk berkongsi cerita ini pada cucunya suatu hari nanti.
Langit Sebagai Kanvas

Walaupun minatnya dalam fotografi bermula dengan fotografi jalanan, sekarang subjek kegemarannya merupakan jet pejuang. Bapa Afuza merupakan seorang juruterbang bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membesar di kalangan komuniti ini memupuk minatnya sejak kecil lagi. “Sama ada sedang berlepas atau membelah udara, mahupun dipamerkan statik, ia sentiasa mengujakan saya,” katanya. “Saya akan sentiasa tertarik kepada kemegahan sky beasts ini.”
Mengabadikan Kekuatan Negara

Gambar ihsan Afuza Sam
Dengan fotografi, Afuza berazam untuk menampilkan sisi Malaysia yang jarang dilihat oleh orang awam. Matlamatnya sebagai seorang jurugambar adalah untuk mempersembahkan keberanian dan kemegahan aset pertahanan dan keupayaan negara. “Saya ingin mengangkat kebolehan dan pencapaian teknologi dan orang tempatan,” dia menjelaskan. Oleh itu, antara pencapaian yang paling dia banggakan adalah menyertai dan merakam detik-detik di pameran Defence Services Asia (DSA) pada tahun 2024 dan 2026 serta Langkawi International Maritime & Aerospace exhibition (LIMA) 2025.
Legasi yang Terus Menginspirasi

Gambar ihsan Afuza Sam
Afuza menamakan bapanya sebagai inspirasi terbesar dalam hidupnya. Selain menjadi suri teladan terbaik bagi seorang anak, Afuza juga dapat memperhatikan perjuangan kerjaya bapanya sehingga mencapai pangkat Jeneral di TUDM. “Melihat perjuangannya dan bagaimana dia mengharungi segala cabaran mengajar saya tentang ketahanan,” katanya. “Saya sentiasa sangat berbangga dengannya dan mengejar laluan kerjaya saya sendiri terasa seperti cara paling dekat dalam hati saya untuk menghormatinya.”

