Tidak pernah terikat pada satu destinasi, sentiasa mengejar ufuk baharu untuk diterokai. Berpadu harmoni dengan alam semula jadi, dia menghidupkan gabungan sempurna antara fungsi dan keanggunan bagi mengiringi setiap langkah pengembaraan. ELLE mempersembahkan 'Jiwa Pengembara' untuk lembaran fesyen bulan ini.
MISI BELANTARA


Menyatu dengan persekitaran menerusi palet khaki yang tenang, sementara rekaan yang chic dan versatil memastikan gaya kekal menyerlah.
Jaket, seluar dan beg, kesemuanya daripada Louis Vuitton. Subang milik penata gaya
BUNGA LIAR

Fantasi romantik alam semula jadi diterjemahkan melalui kelembutan flora, namun kekal berpaksikan semangat eksplorasi yang bebas dan berani.
Dress daripada Dolce&Gabbana. Skaf daripada Longchamp. But milik penata gaya
EKSPEDISI WARNA

Tiada lagi warna yang membosankan. Hanya rona berani dan corak berkarakter yang mampu menyerlahkan tenaga baharu.
Jaket, jiperak, seluar dan tali pinggang, kesemuanya daripada Onitsuka Tiger. But milik penata gaya
BEBAS MERANTAU

Untuk fungsi masa kini. Berstruktur pada kadar yang tepat, namun cukup longgar untuk memberi ruang kepada ekspresi peribadi.
Jaket, kemeja, seluar, tali pinggang dan kasut, kesemuanya daripada Celine. Anting-anting milik penata gaya
WILD AT HEART

Dua naratif berbeza bertemu, melahirkan keserasian yang tidak dijangka. Sentuhan romantik melembutkan garis rekaan utilitarian.
Jaket dan dress daripada Sandro. But daripada Prada. Anting-anting dan gelang milik penata gaya
ROH SAFARI

Relaxed and effortlessly composed. Menonjolkan siluet bebas yang berpaksikan estetika mewah kasual safari, dilengkapkan juga dengan sandal chunky untuk keselesaan maksima.
Baju dalam, kemeja dan seluar daripada Max Mara. Kasut daripada Sandro. Subang milik penata gaya
TEKSTUR LIAR

Dalam pertembungan alam dan gaya, tekstur menjadi nadi utama yang membentuk penampilan ekstra.
Jaket, skirt, kasut dan stoking, kesemuanya daripada Onitsuka Tiger. Anting-anting milik penata gaya
MODERN MUSE

Interpretasi fesyen ‘utility’ yang diserlahkan dengan siluet feminin melalui pemakaian gaun. Ucapkan selamat tinggal kepada jumpsuit!
Dress, skaf (diikat pada leher), tali pinggang dan sandal, kesemuanya daripada Longchamp. Subang milik penata gaya
HALUAN BAHARU

Lapisan ringan yang memastikan keselesaan berpanjangan. Sentuhan ruffle halus menyuntik kejutan segar yang memikat.
Jaket, blaus, seluar, topi dan kasut, kesemuanya daripada Prada
NALURI SRIKANDI

Persediaan menghadapi cuaca yang tidak menentu. Bermula dengan helaian ringan, disempurnakan dengan lapisan pelindung. Umpama sediakan payung sebelum hujan.
Jaket, kemeja, seluar dan subang, kesemuanya daripada COS
KOD MINIMALIS

Moden, kemas dan minimalis. Mengapa tidak? Kadangkala itulah formula gaya yang paling berkesan.
Dress daripada Maje. Subang milik penata gaya
Penyelaras & Penataan Gaya Athirah Zahra | Dibantu Oleh Hizral Faiz Rozeman & Aishah Haziyah | Arahan Seni Nabihah Nizam Fotografi Edmund Lee/ Hexa Production Studio | Dibantu Oleh Haziq Ibrahim Solekan Sahir Sabri | Dandanan Lala | Model Gigi/ Attitude Models & Production | Lokasi The Fleur @ Langat

